 |
| Kulit berminyak yang berlebihan punca utama jerawat naik |
TAHUKAH anda minyak yang dihasilkan oleh kulit muka bertujuan untuk melindungi kulit muka anda daripada kekotoran dan habuk.
Kebanyakan kita selalu mengeluh kerana mempunyai masalah kulit berminyak.
Masalah kulit berminyak ini timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi apa yang diperlukan.
Apabila kulit muka berminyak ia akan menyebabkan liang pori tersumbat maka jerawat akan mula terhasil di muka anda seterusnya menjadikan anda kurang yakin untuk berinteraksi dengan orang ramai.
Tapi sudah pasti ramai yang tidak tahu punca kulit muka jadi berminyak dan cara untuk mencegah dan mengatasinya.
 |
| Ilustrasi kulit wajah berminyak |
PUNCA KULIT MUKA BERMINYAK
1. Pemakanan
Kulit berminyak kerana pengambilan makanan berminyak dan berlemak.
 |
Berhati-hati dalam pemilihan makanan seharian. Elak makanan yang berminyak dan berlemak. |
2. Kosmetik
Menggunakan barangan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit muka.
 |
| Akibat penggunaan kosmestik timbang kilo tiada kelulusan KKM |
3. Genetik
Ada sebahagian daripada kita yang memang dilahirkan dengan kulit muka yang berminyak.
4.Hormon
Ketidakseimbangan hormon juga boleh menyebabkan kulit muka berminyak terutamanya kepada kaum wanita semasa datang bulan.
5. Tekanan
Tekanan mungkin juga menjadi punca utama kulit berminyak. Ia menyebabkan ketidakseimbangan hormon sekali gus mengakibatkan kulit muka berminyak.
6. Persekitaran
Ada sesetengah daripada kita mungkin berkerja di kawasan persekitaran terbuka, Ia juga mampu mengakibatkan kulit muka berminyak. Minyak dikeluarkan dari kulit muka untuk melindungi kulit muka dari habuk dan juga kepanasan.
 |
Persekitran yang kotor, berhabuk dan berdebu punca kulit wajah berminyak yang mengakibatkan pertumbuhan jerawat |
Kesimpulannya, kulit berminyak disebabkan pengaruh genetik adalah susah untuk dielakkan. Malah kulit berminyak disebabkan perubahan hormon juga susah untuk dikawal dan dielak.
Cara yang paling bagus untuk mengelakkan kulit muka berminyak adalah dengan mencari produk penjagaan kulit yang sesuai untuk diri. Jika ia berkesan untuk anda, maka teruskan penggunaannya. Jika ia mendatangkan kerengsaan pada kulit, elakkan daripada menggunakannya lagi.
Jika kulit berminyak, ia akan menyebabkan sesetngah daripada kita menggunakan mekap yang tebal untuk menghilangkan kesan kulit berminyak tersebut. Penggunaan mekap yang berasaskan minyak boleh menyebabkan simptom menjadi semakin teruk dan boleh menyumbat lubang roma. Ini menyebabkan jerawat lagi mudah timbul.
Bagi mereka yang mengalami masalah ini, mekap yang mudah luntur dengan air adalah lebih sesuai digunakan. Ada juga yang tidak menggunakan mekap langsung untuk mengelakkan masalah tersebut menjadi lebih teruk
Elakkan penggunaan produk timbang kilo untuk muka anda kerana kebanyakkan mempunyai bahan yang boleh menyebabkan kulit muka anda menjadi semakin teruk.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komen anda :)