Showing posts with label Shaklee COD Sungai Petani. Show all posts
Showing posts with label Shaklee COD Sungai Petani. Show all posts

Kenali Dan Fahami Kulit Berjerawat



1.0 Pengertian Jerawat?

Jerawat atau dalam bahasa orang putih dikenali sebagai acne adalah gangguan pada kulit yang berkaitan dengan penghasilan minyak (sebum) yang berlebihan. Jerawat terjadi ketika folikel rambut atau tempat tumbuhnya rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati. Hal tersebut menyebabkan keradangan serta penyumbatan pada pori-pori kulit. Keradangan ini dapat dilihat dengan munculnya benjolan kecil (yang terkadang berisi nanah) di atas kulit. Gangguan kulit ini boleh terjadi di bahagian tubuh dimana kelenjar minyak terbanyak, iaitu di wajah, leher, bagian atas dada, dan punggung.


 

2.0 Gejala Jerawat

Beberapa gejala umum melibatkan Jerawat, antara ialah :

  1. Benjolan berwarna kemerahan atau kuning (karena mengandungi nanah).
  2. Benjolan kecil (papula) yang muncul di atas kulit.
  3. Sensasi panas atau terbakar akibat adanya keradangan.
  4. Timbul rasa gatal pada benjolan.

Gambaran penyumbatan dan benjolan yang
 berlaku mengikut jenis jerawat 


  • Pustula, iaitu benjolan kecil yang di hujungnya terdapat nanah.
  • Papula, iaitu benjolan kecil kemerahan yang disertai kesakitan.
  • Nodul, iaitu benjolan keras yang terbentuk di bawah permukaan kulit dan dapat disertai kesakitan.
  • Cyst, iaitu benjolan besar yang terbentuk di bawah permukaan kulit yang berisi nanah dan disertai kesakitan.
Jerawat jenis Cyst anatara keadaan jerawat yang paling teruk



Ilustrasi rupa dan bentuk jerawat
                              

3.0 Punca Jerawat

Beberapa keadaan punca  jerawat, antara ialah:

  • Penghasilan sebum berlebihan, iaitu zat yang dihasilkan oleh kelenjar minyak untuk mencegah kulit kering.
  • Sumbatan pada folikel rambut oleh campuran sel kulit mati dan sebum.
  • Bakteria jenis Propionibacterium acnes yang berkembang, menyumbat folikel rambut, serta menyebabkan keradangan.
  • Faktor genetik atau keturunan, jika salah satu orangtua memiliki masalah jerawat,
  • Folikel yang tersumbat boleh membengkak dan membentuk bintik putih atau bintik hitam bila terdedah dengan persekitaran luar. Kondisi tersebut sebaiknya jangan dianggap remeh, karena bisa berkembang menjadi pustula, papula, nodul, atau bahkan cyst, apabila tercemar dengan bakteria kulit.
  • Hormon, iaitu semasa melakukan aktiviti hormon androgen berlebihan atau perubahan hormon boleh terjadi semasa kedatangan haid.
  • Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit setiap orang.
  • Tekanan atau stres yang boleh mepengaruhi gaya hidup seseorang, termasuk dalam pengambilan makanan yang boleh mecetuskan jerawat.


4.0 Faktor Risiko Jerawat

Beberapa faktor risiko jerawat, antara ialah:

  • Keturunan, jika terdapat anggota keluarga yang bermasalah dengan jerawat.
  • Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi litium, kortikosteroid, atau ubat antikejang.
  • Fasa matang akibat peningkatan aktiviti hormon testosteron, yang mecentus kelenjar minyak menghasilkan sebum dalam jumlah yang lebih banyak.
  • Penggunaan kosmetik timbang kilo yang tiada jaminan dari pihak berkuasa seperti KKM.
  • Perubahan hormon, contohnya menjelang kedatangan haid, tiga bulan pertama masa kehamilan, atau akibat PCOS.
  • Stres, yang dapat memburukkan lagi keadaan jerawat yang sudah ada.
  • Tabiat merokok.

 

5.0 Diagnosis Jerawat

Doktor akan mendiagnosis jerawat dibahagian kulit dengan melakukan temuramah perubatan serta pemeriksaan fizikal, yang bertujuan untuk menentukan tahap keterukkan jerawat, baik dari segi jumlah maupun tahap keradangan.


 

6.0 Komplikasi Jerawat

Komplikasi akibat jerawat yang paling umum terjadi adalah jaringan parut atau bekas luka jerawat yang sering disebut berlubang.


7.0 Cara Atasi Jerawat

Beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mencegah jerawat, antara ialah:

  • Membersihkan kulit wajah sebelum tidur.
  • Mencuci muka dua kali sehari dengan pembersih muka (cleanser) yang bebas minyak.
  • Mengurus dan mengawal stres dengan baik.
  • Mengelakkan penggunaan pakaian yang terlalu ketat.
  • Mengelakkan produk kosmetik yang mengandungi minyak.
  • Menjaga kebersihan tubuh badan  seperti mandi setelah melakukan aktiviti berat atau berpeluh.


 

8.0 Rawatan Jerawat

Beberapa langkah rawatan untuk mengatasi jerawat, antara ialah:

  • Mengurangi penghasilan minyak.
  • Melawan jangkitan bakteria.
  • Mempercepatkan pergantian sel kulit dan mengurangkan keradangan.

Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, perlu mendapatkan konsultasi keadaan jerawat dengan doktor. Doktor umumnya memberikan ubat-ubatan yang mengandungi sulfur, resorsinol, asid salisilikt, antibiotik, dan isotretinoin. Penggunaan ubat-ubatan ini harusah dalam pengawasan doktor, karena kesan sampingan yang akan timbul. Wanita hamil tidak dianjurkan menggunakan isotretinoin, karena dapat menyebabkan kecacatan pada janin. 


Terdapat beberapa cara lain yang dapat dilakukan untuk mengatasi jerawat, antaranya ialah: 

  • Membersihkan peralatan kosmetik dengan menggunakan sabun dan air hangat secara rutin.
  • Memilih kosmetik non-comedogenic, yang sifatnya tidak menutup pori-pori di kulit.
  • Menggunakan pelembap non-comedogenic, yang tidak dapat menyebabkan jerawat dan sesuai dengan semua jenis kulit.
  • Menghindari memecit dan memegang jerawat, karena ia akan mecetuskan pertumbuhan jerawat bertambah banyak.
  • Mengelakkan menggosok wajah dengan menggunakan kain atau sarung tangan dengan permukaan kasar.
  • Menjaga kebersihan tubuh dengan segera mandi setelah melakukan apa saja aktiviti, karena minyak berlebihan di wajah menjadi pencetus terjadinya jerawat.
  • Menjaga kebersihan wajah dengan membersihkan wajah dua kali dalam sehari, untuk membersihkan sel-sel kulit mati, minyak yang berlebihan, serta sisa kosmetik di permukaan kulit.

 


 



Continue Reading

Pengalaman Sebenar Para Ibu Bersalin Caesarean dengan Set Bersalin Caesarean Shaklee

 

Testimoni Set Bersalin Caesarean Shaklee

 
1. “Luka dalaman pulih dalam masa 2 bulan!”

 

“Yezza! I like it. Memang betul Vivix perbaiki sel dalam badan. Nurul suka amek Vivix terutama ketika pantang. Lagi pulak czer. Bila scan tempat operation, Doc kagum! Sebab dalaman nampak cantik dalam masa 2 bulan. Sebab selalunya, ambil tempoh 6 bulan untuk pulih,” Nurul Syuhada

 
2. “10 hari line czer jadi halus cantik”

 

“I pernah consume Vivix masa dalam pantang, luka czer baik dalam 10 hari kecut. Line czer tu jadi line halus, dalam 10 hari. Memang best. Rasa bertenaga je. Mak cik urut kata, muka saya tak pucat langsung! Muka sihat and berseri tak macam dalam pantang pun. Susu pun mencurah memang best,” Lia Ummi Irfan

 
3. “Luka dah tak sakit. Kulit makin cerah, stretchmark pudar,”

 

“Sebelum akak makan Vitamin C tu, luka dalam czer rasa sakit-sakit. Selepas makan Vitamin C dalam seminggu, alhamdulillah luka bahagian dalam tak ada rasa sakit pun. Sampai hari ni. Kulit pun makin cerah. Hehe, tu yang paling suka! Makin cerah akak perasan dekat bahagian perut kesan stretchmark dengan dekat tangan. Sampai mak akak tegur, dekat perut dah bersih tak ada hitam-hitam lagi,” Nor Azizah

 
4. “Badan segar, susu badan banyak, luka cepat sembuh,”

 

“Saya baru 12 hari lepas czer. Setakat ni duk amalkan Vitamin C untuk cepat sembuhkan luka. Alhamdulillah Ostematrix untuk lancarkan pembuangan setelah banyak hari tak buang. Memang kagum dan best! Tak cukup tidur malam pun, esoknya segar je badan. ESP untuk bag badan sentiasa bertenaga. Susu pun banyak,” Atul Hamid

 
5. “Proses recovery cepat!”

 

“Put pernah czer anak nombor 4, amek fullset tanpa Omega. Best sangat, cepat recovery. Yang datang melawat pun kata dia sendiri tak boleh nak bangun bergerak macam Put,” Mahfuzah Salam

 
6. “Parut czer dan keloid pudar,”

 

“Sejak konsisten ESP dan Vitamin C, keloid czer saya semakin mengecut. Ini perubahan paling besar dari saya konsisten dua benda ni. Saya memang tak sangka keloid czer yang selama ni orang cakap tak boleh hilang melainkan dengan surgery dan suntikan boleh kecut dan pudar hanya dengan konsisten ESP dan Vitamin C. Selama ni asyik fokus mau kulit cantik dan putih. Rupanya yang tersembunyi lagi ohsem effect!” Nur Iba

 
7. “Keloid makin menipis amalkan Vivix,”

 

“Customer saya yang ada keloid czer, dah makin menipis amalkan Vivix. Bagus sangat,” Linda

 
8. “Luka makin baik dah tak rasa denyut kat tempat jahit,”

 

“Saya baru lepas beranak czer, mula-mula tak amek Vivix. Just Set Pantang je. Luka semua okay tapi kerap denyut dekat tempat jahit tu. Rasa macam ngilu. Hari tu amek Vivix masa malam, esoknya dah tak rasa dah denyut dekat tempat jahit tu. Tahan dalam 2 hari camtu,” Shieda Balqis

 
9. “Luka cepat baik, jiwa tenang, buang air lancar,

 

“Saya czer, luka cepat baik. Jiwa tenang makan B-Complex. Buang air lancar makan Ostematrix. Saya ambil juga Vita-Lea dan Alfalfa selepas anak hilang kuning. Kak Na amek Set Pantang Shaklee. Sepanjang Na makan Vita-Lea, Vitamin C dan B-Complex, malam Na makan Oste dan Omega. Memang bertenaga dan baby pulak tak banyak ragam. Buang air pun lawas jadi Na angap tu biasa je. Jadi Na pun stop makan semua tu selama 3 hari. Selama 3 hari tu, baby Na kerap nangis and tidur pun tak berapa nak nyenyak. Kalau nangis pulak jeritnya masyaAllah. Na pulak sembelit. So Na rasa apa yang Na makan setiap hari mempengaruhi baby Na. Sekarang ni pun bila dah sambung makan semu atu, baby pun tak banyak ragam and tidur lena waktu malam,” Cikgu Liena

 

Continue Reading

10 Testimoni Vivix Untuk Ibu Bersalin Normal & Caesarean - Bantu Sembuh Luka


Vivix tinggi kandungan polifenol yang kaya
dengan antioksida bantu sembuh luka ibu bersalin
 


 Vivix semakin disukai oleh para ibu yang berpantang samada bersalin normal atau bersalin czer. Sebabnya khasiat dan kebaikan Vivix yang banyak membantu ibu berpantang dengan lebih baik.



Kebaikan Vivix Shaklee Untuk Ibu Berpantang

  1. Memberi tenaga kepada ibu, badan kurang rasa lenguh atau sakit-sakit badan. Tempoh berpantang sangat mencabar bagi si ibu dalam menjaga diri dan bayi. 
  2. Menyembuhkan organ peranakan si ibu.
  3. Baik pulih kesihatan rahim si ibu yang baru selepas bersalin.
  4. Bantu proses penyembuhan luka lepas bersalin. Luka cepat sembuh dan kering sekaligus bantu kurangkan risiko luka terbuka atau bernanah.
  5. Mengelakkan stress atau gila meroyan.
  6. Menguatkan sistem imun badan si ibu dari terkena demam, selsema, penyakit berjangkit dan sebagainya.
  7. Meningkatkan metabolisme badan si ibu jadi boleh membantu mengelak berat naik mendadak kerana masa berpantang si ibu tak boleh banyak bergerak.
  8. Mencantikkan & menyihatkan kulit si ibu kerana Vivix tinggi antioksidan yang bagus untuk melambatkan proses penuaan kulit. Secara tak langsung kulit baby juga bertambah cantik dan sihat.
  9. Menggalak tekanan darah yang sihat buat ibu.
  10. Kurangkan rasa sakit lepas bersalin terutama yang bersalin czer/pembedahan.

Bagi ibu-ibu yang berpantang selepas bersalin secara czer, sudah pasti tidak terlepas daripada masalah luka czer yang lambat sembuh dan lambat kering. Bukan itu sahaja, rasa risau dengan luka bahagian dalam juga menjadi kebimbangan utama. Tidak hairanlah, kalau ibu berpantang czer merasa sukar untuk banyak bergerak, kerana risau luka czer jadi lambat sembuh.

Bagi membantu ibu-ibu berpantang selepas bersalin normal atau czer ni, sangat disarankan  anda untuk mengambil Vivix, yang dapat membantu agar luka czer cepat sembuh luar dan dalam. 


Manfaat Vivix untuk ibu berpantang/ bersalin
 normal atau czer





10 Testimoni Vivix Shaklee Untuk Ibu Bersalin Normal dan Caesarean (Czer)


  










Banyak kebaikan bila ibu berpantang mengambil Vivix Shaklee ni. Memang sangat berbeza rasa badan kita bila berpantang dengan Vivix dan berpantang tanpa Vivix. 


Ada sebarang pertanyaan mengenai Vivix atau produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Azie di 01118597392 atau klik ja ikon whatsapp di kiri anda.



Continue Reading

Bersalin Caesarean: Adakah Caesarean Akan Memberi Kesan Terhadap Kehamilan Seterusnya?


Kemungkinannya memang ada. Sekali anda menjalani caesarean, anda lebih berkemungkinan melahirkan melalui caesarean dalam kehamilan akan datang. 


Pembedahan caesarean juga meningkatkan sedikit risiko mengalami plasenta previa (plasenta terletak rendah) dalam kehamilan yang akan datang.

Terdapat juga risiko kecil parut pada uterus anda terbuka dalam kehamilan atau kelahiran selepas ini, tetapi ini jarang berlaku. Doktor memanggilnya koyakan uterine (uterine rupture). Koyakan uterin sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 0.4 peratus wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean mengalaminya.

Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Columbia Asia Seremban, ibu tidak perlu panik kerana terdapat kajian yang menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu hamil setelah anak pertama berusia sepuluh bulan, risiko dinding rahim terkoyak adalah amat rendah.
 
Masalah dinding rahim terkoyak ini dinamakan sebagai uterine rupture selalunya berlaku sewaktu kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan berlaku kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya.


Masih Berpeluang Bersalin Normal

Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai TOS atau (Trial of Scar). Bersalin secara normal melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai VBAC (Vaginal Birth After Caesarean Section).

Jika wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai Elective Repeat Cesaerean Section ( ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kandungan keduanya, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS.

Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya dinding rahim terkoyak dan bersalin melalui VBAC, mereka tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.

Amat penting bagi ibu untuk memahami bahawa dinding rahim terkoyak berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS. Walau pun ibu terbabit dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah, hal ini boleh berlaku.

Kesan Dinding Rahim Terkoyak

  1. Tumpah darah dari rahim ibu sehingga ibu memerlukan transfusi darah.
  2. Ibu melahirkan bayi secara emergency caesarean section.
  3. Anak yang dilahirkan boleh mengalami masalah kekurangan darah dan oksigen sehingga boleh menyebabkan kecacatan otak dan maut.
  4. Rahim yang mengalami koyak kadang kala tidak dapat diselamatkan dan perlu dibuang.
  5. Kesan sampingan bius penuh ketika menjalankan caesarean secara kecemasan juga tinggi. Doktor bius akan memberi penerangan sebelum ibu dibedah.
  6. Kehilangan darah yang banyak boleh berisiko menyebabkan masalah DIVC (Disseminated Intravascular Coagulation) di mana darah terus menerus mengalir keluar dari badan kerana darah tidak dapat membeku. Keadaan ini boleh menyebabkan maut.

 Dr Norintan menasihatkan agar ibu yang hamil semula dalam jarak kurang dari enam bulan segera merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan supaya rekod pembedahan yang pertama boleh diperiksa atau disemak sebelum ibu boleh melalui TOS. Risiko dinding rahim terkoyak amat tinggi (jika ia berlaku).



Continue Reading

Bersalin Caesarean : Risiko Caesarean Pada Bayi


Kemungkinan besar, bayi anda berada dalam keadaan sihat, semasa dan selepas pembedahan. Sesetengah bayi mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan. Walaupun masalah pernafasan selepas caesarean biasanya tidak serius, kadang-kala bayi tersebut perlukan penjagan khas 
untuk membantu mereka pulih.


Kira-kira 35 dalam setiap 1,000 bayi mengalami masalah pernafasan selepas caesarean, berbanding lima dalam 1,000 bayi yang dilahirkan secara normal. Masalah pernafasan lebih banyak berlaku kepada:

  • bayi pramatang yang dilahirkan melalui caesarean;
  • bayi yang dilahirkan melalui caesarean yang dijalankan sebelum proses kelahiran bermula.

Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. Kira-kira dua peratus bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caesarean.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr Nur Azurah Abdul Ghani berkata, sekiranya pembedahan dilakukan pada usia kandungan 37 minggu, ada kalanya bayi belum bersedia dan terlupa untuk bernafas dengan sendiri.




Ia menyebabkan bayi berkenaan memerlukan pemantauan di wad selepas dilahirkan.

"Jika kepala bayi berada di bahagian bawah ketika pembedahan kecemasan, ia juga boleh menyukarkan doktor untuk mengeluarkannya," katanya.


Sumber : Babycenter , Harian Metro


Baca perkongsian menarik disini juga : 

Bersalin Caesarean : Adakah Selamat Berbanding Kelahiran Biasa?

Bersalin Caesarean : Risiko Utama Pembedahan Caesarean

Bersalin Caesarean : Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?

Continue Reading

Bersalin Caesarean : Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?



Komplikasi yang serius sangat jarang, iaitu kurang daripada 1 peratus. Komplikasi serius termasuk:

  • Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kecing, atau kepada usus besar.
  • Kadang-kadang, dan perkara ini sangat jarang berlaku, doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (histerektomi) sebagai langkah menyelamatkan nyawa.
  • Perlu menjalani pembedahan pada masa akan datang.

Jika anda mengalami komplikasi yang serius sewaktu pembedahan caesarean, anda mungkin perlukan pemindahan darah. Sesetengah komplikasi yang sangat jarang akibat caesarean boleh membahayakan nyawa. Walau bagaimanapun, risiko caesarean membawa kematian adalah sangat kecil, iaitu hanya satu dalam 12,000.

Wanita yang bercadang untuk melakukan pembedahan caesarean secara elektif tanpa ada keperluan emergency haruslah mengetahui risiko presedur itu dan risiko pada bayi setelah dilahirkan nanti.

Pada kes-kes kehamilan yang rumit disebabkan oleh kedudukan bayi yang songsang yang teruk, badan bayi yang besar, kembar , kecacatan bayi, pendarahan pada uri, bayi berada dalam keadaan stress ketika ibu dijangkiti virus (eg HIV dan Herpes), pembedahan caesarean mungkin akan menyelamatkan nyawa bayi.

Bagaimana pun pembedahan caesarean secara elektif juga memberi risiko yang tinggi pada bayi berbanding kelahiran biasa.

Dalam kajian terdapat komplikasi kepada bayi seperti kesukaran bernafas dan perkembangan saraf yang lambat dan perlu dimasukkan ke intensive care unit.


Continue Reading