Bersalin Caesarean : Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?



Komplikasi yang serius sangat jarang, iaitu kurang daripada 1 peratus. Komplikasi serius termasuk:

  • Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kecing, atau kepada usus besar.
  • Kadang-kadang, dan perkara ini sangat jarang berlaku, doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (histerektomi) sebagai langkah menyelamatkan nyawa.
  • Perlu menjalani pembedahan pada masa akan datang.

Jika anda mengalami komplikasi yang serius sewaktu pembedahan caesarean, anda mungkin perlukan pemindahan darah. Sesetengah komplikasi yang sangat jarang akibat caesarean boleh membahayakan nyawa. Walau bagaimanapun, risiko caesarean membawa kematian adalah sangat kecil, iaitu hanya satu dalam 12,000.

Wanita yang bercadang untuk melakukan pembedahan caesarean secara elektif tanpa ada keperluan emergency haruslah mengetahui risiko presedur itu dan risiko pada bayi setelah dilahirkan nanti.

Pada kes-kes kehamilan yang rumit disebabkan oleh kedudukan bayi yang songsang yang teruk, badan bayi yang besar, kembar , kecacatan bayi, pendarahan pada uri, bayi berada dalam keadaan stress ketika ibu dijangkiti virus (eg HIV dan Herpes), pembedahan caesarean mungkin akan menyelamatkan nyawa bayi.

Bagaimana pun pembedahan caesarean secara elektif juga memberi risiko yang tinggi pada bayi berbanding kelahiran biasa.

Dalam kajian terdapat komplikasi kepada bayi seperti kesukaran bernafas dan perkembangan saraf yang lambat dan perlu dimasukkan ke intensive care unit.


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)