Cabaran Ibu ketika Hamil

Perjalanan seorang Ibu bermula ketika ujian kehamilan pertama menunjukkan keputusan positif. Mulai saat itu, hubungan istimewa antara ibu dan anak terjalin.

Ianya merupakan saat paling indah bagi setiap wanita, namun setiap yang manis pasti ada tawarnya. Kenapa? Kerana sepanjang proses kehamilan juga pasti ada cabarannya. Apakah cabaran yang terpaksa dilalui oleh ibu hamil?

Disini  disertakan 6 cabaran ketika hamil yang perlu anda tahu.


1. KEKEJANGAN KAKI


Biasanya berlaku pada waktu malam dan pada lewat kehamilan. Ia boleh disebabkan oleh:


  • Berat badan berlebihan yang di tampung oleh ibu hamil
  • Kekurangan nutrisi
  • Terlalu aktif
  • Tidak cukup aktif

Tips untuk elakkan dari terkena masalah kekejangan kaki adalah

  • Alaskan kaki dengan bantal ketika duduk berehat dan tidur. Kedudukan kaki yang tinggi dapat melancarakan peredaran darah dibahagian kaki, & membantu ibu hamil dari terkena edema (bengkak kaki)
  • Buat regangan gerakan pergelangan kaki dan jari kaki
  • Kekal hidrasi dengan minum air yang mencukupi
  • Pastikan pengambilan nutrisi seperti kalsium dan magnesium yang mencukupi



2. BERAT BADAN BERLEBIHAN


Berat badan ketika hamil bertambah dengan banyak disebabkan oleh pengambilan
kaborhidrat tanpa dikawal serta kurang aktif ketika hamil seperti kurang bergerak dan tidak melakukan senaman.

Tips mengawal berat badan

  • Makan hidangan kecil tetapi kerap
  • Pilih makanan ringan & sihat seperti protein dan buah
  • Ibu hamil hanya perlukan kalori tambahan sebanyak 300 Kcal sehari



3. KEGUGURAN RAMBUT



Keguguran rambut bukan hanya terjadi kepada wanita selepas bersalin sahaja tetapi ada juga sesetengah wanita hamil mengalami masalah keguguran rambut akibat perubahan hormon atau nutrisi yang tidak seimbang

Tips untuk elakkan keguguran rambut ketika hamil
  • Guna syampu dan perapi rambut yang lembut, organic dan natural, serta mengandungi Vitamin B7 (biotin) untuk menggalakan pertumbuhan rambut baru sesuai untuk masalah rmbut gugur
  • Urutkan kulit kepala supaya dapat merangsang dan melancarakan peredaran darah dibahagian kepala
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan ambil vitamin prenatal seperti protein (untuk menguatkan rambut baru), zat besi, biotin (vitamin B7 berfungsi untuk membantu pertumbuhan rambut), Vitamin B, Vitamin C dan Zinc (Untuk diambil selepas bersalin membantu pertumbuhan rambut baru) 




4. PERUBAHAN EMOSI




Perubahan emosi boleh disebabkan oleh:

  • Peningkatan hormon
  • Tekanan
  • Keletihan


Tips untuk kawalan emosi

  • Dapatkan tidur yang mencukupi
  • Luangkan masa dengan pasangan anda
  • Luahkan perasaan pada pasangan anda
  • Cuba bersenam yoga untuk ibu hamil atau aerobic exercise. Apabila anda melakukan senaman, pengeluaran hormone endorphin (hormon gembira) berlaku dan anda akan rasa lebih tenang dan emosi pun boleh dikawal
  • Ambil makanan berkhasiat dengan GI (indeks Glisemik) yang rendah seperti makanan/minuman yang kurang manis. Mengikut kajian, apabila anda memakan makanan segera, dan manis, akan menyebabkan anda semakin tertekan, rasa nak marah dan sukar untuk kawal emosi
  • Ambil vitamin prenatal seperti vitamin B (membantu mengurangkan tekanan perasaan), zat besi dan asid lemak omega 3 untuk dapatkan emosi yang lebih baik



5. JISIM TULANG BERKURANGAN


Semasa hamil, bayi dalam kandungan ibu hamil juga memerlukan kalsium yang mencukupi untuk perkembangan rangka tulang terutamanya pada 3 bulan yang terakhir. Jika ibu hamil tidak mendapatkan kalsium yang mencukupi, bayi anda akan menyerap apa yang diperlukan daripada tulang anda

Tips untuk pastikan jisim tulang sihat dan padat

  • Amalkan gaya hidup yang sihat (elakkan diri daripada orang yang merokok, jangan merokok atau minum alcohol)
  • Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki
  • Dapatkan kalsium dan mineral yang cukup untuk pembina tulang



6. MABUK HAMIL



Cabaran yang dialami terutamaya pada peringkat awal kehamilan dan biasanya akan berlalu pada akhir trimester pertama. Namun ada juga ibu hamil yang kena mabuk hamil sepanjang kehamilan dan di akhir kehamilan sahaja. Ia disebabkan oleh perubahan hormone yang menyebabkan kepekaan menghidu ibu hamil sangat sensitif. Selain itu, ia juga boleh menjejaskan pemakanan ibu hamil

Tips mengurangkan masalah mabuk hamil

  • Makan sedikit tetapi kerap
  • Jika muntah, minum air yang mencukupi.
  • Cuba teh pudina
  • Ambil vitamin prenatal terutamanya vitamin B6 dan magnesium untuk bantu mengurangkan mabuk hamil. Ibu hamil juga boleh menghisap Peppermint ginger ataupun chewable C untuk mengurangkan masalah mabuk hamil.

Buat anda yang sedang hamil, jangan letakkan cabaran yang anda sedang lalui sepanjang kehamilan ini sebagai satu bebanan, tetapi jadikan ia sebagai satu memori yang manis dan pengalaman yang sangat bermakna buat anda, kerana setiap kehamilan itu adalah berbeza. Dan kehamilan itu adalah satu anugerah yang terindah dari yang Maha Esa.

Adakah anda sedang hamil? Bagaimanakah perjalanan proses kehamilan anda? Jom kongsikan diruangan komen bersama Azie dan rakan-rakan yang lain.

Terima kasih kerana sudi membaca. Semoga bermanfaat


Tengah mencari info nutrisi hamil dan berpantang boleh klik disini

Kehamilan yang sihat pilihan saya

Ibu Sihat , Anak Gembira


0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)