8 Tanda Imun Badan Lemah

 


Sistem imun  badan melindungi tubuh dari ancaman pelbagai penyakit. Namun, sebilangan orang mempunyai sistem imun yang lemah yang diketahui dari pelbagai tanda fizikal. Keadaan ini menjadikan seseorang mudah dijangkiti.

Berikut adalah beberapa tanda sistem imun yang lemah yang perlu anda ketahui,

1. Masalah pencernaan yang berterusan

Banyak kajian telah menemui kaitan antara sistem imun dan masalah pencernaan. "Tidak menghairankan bahawa sistem kekebalan tubuh yang lemah sering dilihat bersamaan dengan masalah pencernaan kronik," kata pakar pemakanan Lisa Richards, memetik Bustle.

Kira-kira 70 peratus tisu sistem imun badan terletak di saluran pencernaan. Gejala gangguan pencernaan boleh menjadi tanda bahawa sistem imun anda 'di luar sasaran'.

Kembung dan sembelit yang berterusan adalah tanda bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada usus anda. Sekiranya sistem pencernaan anda semakin teruk, ada baiknya anda berjumpa doktor.

2. Sering berasa letih

Terdapat puluhan sebab anda mungkin merasa letih. Salah satunya adalah sistem imun yang lemah. Keadaan ini umumnya disertai dengan sakit sendi, sakit perut, dan selera makan berkurang.

3. Dua atau lebih jangkitan sinus setahun

Sekiranya anda megalami dua atau lebih jangkitan sinus setiap tahun, anda mungkin mempunyai sistem imun yang lemah.

4.Jangkitan kulat dan ulser
Gejala lain yang menunjukkan sistem kekebalan tubuh yang lemah adalah ulser yang berlanjutan di mulut atau jangkitan kulat pada kulit badan.

5. Demam ringan

Sekiranya anda mengalami demam ringan atau ketika suhu badan anda sedikit lebih tinggi dari biasa, mungkin sistem kekebalan tubuh anda mulai bekerja berlebihan. Ia boleh berlaku kerana jangkitan atau sebagai tanda awal keadaan sistem imun lemah.

6. Ruam

Kulit adalah penghalang utama badan terhadap kuman. Keadaan kulit dapat menggambarkan betapa baiknya sistem imun.

Kulit yang terasa gatal, kering, dan merah adalah gejala keradangan yang biasa. Begitu juga, ruam yang terasa sakit atau tidak hilang.

7. Masalah sendi

Sendi-sendi manusia terdapat di tulang belakang dan bahagian lain tubuh badan seperti bahu, siku, pergelangan tangan, punggung, lutut, buku lali dan sendi jari kaki serta tangan.
Sendi terbentuk apabila dua atau lebih tulang bertemu dan ianya berfungsi untuk melicinkan pergerakan. 
Sakit sendi terjadi di kalangan semua lapisan umur. Kesakitan adalah suatu sensasi atau persepsi dan ianya menandakan kecelaruan fizikal, mental atau disebabkan oleh penyakit yang menandaka imun badan lemah.
8. Kesukaran menelan
Sekiranya anda sukar menelan, mungkin kerongkongan membengkak atau tidak berfungsi dengan baik. Salah satu penyebabnya adalah masalah dengan sistem imun.
Sebilangan orang akan merasakan makanan tersekat di kerongkong atau dada mereka. Yang lain mengalami muntah atau tersedak ketika mereka mula menelan makanan.



Kesimpulannya, tanda sistem imun yang lemah ini boleh menjadi penggera yang mengingatkan anda untuk mengubah gaya hidup anda.
Menerusi Berita Perubatan Hari ini, menjaga sistem kekebalan tubuh dapat dilakukan dengan menitikberatkan kebersihan, menghindari kontak dengan orang sakit, menguruskan tekanan dengan baik, tidur yang cukup, dan memakan makanan berkhasiat serta pengambilan vitamin untuk meningkatkan tahap imun badan;
Beberapa vitamin dan mineral dapat membantu meningkatkan sistem imun yang lemah. Sebagai contoh, orang yang kekurangan vitamin C boleh melemahkan imuniti badannya.
Vitamin dan mineral lain yang dapat meningkatkan fungsi imun badan termasuk Vitamin A ,Vitamin D ,Vitamin E, Besi , Asid folik dan Zink.

Cadangan vitamin terbaik tingkatkan imun badan anda.
Shaklee, live healthier & longer :)





Cadangan Set yang boleh diambil untuk tingkatkan Imun Badan:

Sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan mempunyai bajet tertentu :

  • Garlic Complex Shaklee
  • SR Vitamin C Shaklee

Set pilihan ramai yang mementingkan kesihatan :
  • Garlic Complex Shaklee
  • SR Vitamin C Shaklee
  • Carotomax Shaklee
  • ESP Shaklee

Set Optimum untuk meningkatkan antibodi
  • Vivix / ResV Shaklee
  • ESP Shaklee
  • SR Vitamin Shaklee
  • Nutriferon Shaklee

Ada sebarang pertanyaan mengenai Cadangan Set Imun booster Shaklee atau produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Azie di 01118597392.



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)