Showing posts with label Sijil HALAL Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Sijil HALAL Shaklee. Show all posts

Bersalin Caesarean : Risiko Utama Pembedahan Caesarean

 


Kalau diberi pilihan, hampir semua wanita bercita-cita untuk melahirkan bayi secara normal. Namun terdapat banyak kondisi yang boleh berlaku ketika mengandung hinggalah detik bermulanya kontraksi yang menyebabkan pembedahan caesarean terpaksa dijalankan.

Sama ada pembedahan dilakukan secara elektif (pilihan) mahupun kecemasan (emergency), bersalin czer juga mempunyai risikonya tersendiri.

1. Kesakitan

Keburukan utama pembedahan caesarean ialah kesakitan yang anda terpaksa alami selepas pembedahan. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan.

Anda akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika. 

2. Jangkitan

Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Walau bagaimanapun, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:

  • Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
  • Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
  • Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

3. Darah beku

Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:

  • batuk;
  • sesak nafas;
  • kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.

Hubungi doktor anda sekiranya anda mendapat tanda-tanda tersebut selepas pembedahan caesarean.

Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.


4. Lekatan

Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean.

Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya.


5. Pembiusan


Prosedur pembiusan


Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut anda. Epidural lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:

  • Sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.
  • Kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja.


Memang wanita yang bersalin secara pembedahan caesarean ini akan dibius terlebih dahulu untuk mengelakkan kesakitan yang melampau. Namun, rasa sakit itu akan kembali selepas pembedahan berakhir.

Perkara itu tidak menjadi halangan sebagai seorang ibu untuk menguruskan bayinya yang masih perlu menyusu, dibelai serta didukung oleh ibunya sendiri.

Kesimpulannya, hargailah setiap wanita kerana mereka melalui proses yang boleh memberikan risiko kematian walau apa cara kelahiran sekalipun.

Sumber : Babycenter 

Baca perkongsian menarik disini juga : Bersalin Caesarean : Adakah Selamat Berbanding Kelahiran Biasa?



Continue Reading

Cadangan Vitamin Tingkatkan Imun Badan

Status terkini kes Covid-19 


Peningkatan kes penularan wabak Covid-19 menimbulkan keresahan ramai berikutan 4 kes terbaru kematian dilaporkan di Malaysia  menjadikan jumlah sebanyak 167 kes kematian  setakat 14 Oktober kelmarin.

Susulan itu , terdapat beberapa negeri diarahkan menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kali ke 2 seperti Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Dalam tempoh itu, masyarakat  perlu meamatuhi SOP yng kerajaan telah tetapkan seperti menjalani proses ‘menjarakkan diri’ di rumah yang bukan sekadar menjarakkan hubungan sosial, tetapi perlu mengutamakan amalan pemakanan dan pemikiran yang sihat.

Pakar Perubatan Kesihatan Komuniti Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, amalan pemakanan sihat amat penting untuk meningkatkan imuniti tubuh melawan penyakit (termasuk virus korona) dan seterusnya menggelakkan jangkitan.


Kumpulan Citrus seperti oren & lemon yang kaya dengan Vitamin C
 untuk tingkat Imun Badan



Sebagai contoh, pengambilan lemon dan bawang putih boleh meningkatkan sistem imun badan sekali gus mengurangkan risiko individu dijangkiti Covid-19.

Ini kerana, dua bahan semula jadi itu antara makanan unggul yang memiliki banyak khasiat dan amat baik untuk kesihatan tubuh dalam merawat penyakit tertentu.

Covid-19 adalah sejenis koronavirus yang menjangkiti manusia dan setakat ini belum ada ubat boleh merawat penyakit itu.

Cara paling baik untuk mengelakkan dijangkiti virus ini ialah dengan meningkatkan sistem imun tubuh menggunakan dua bahan semula jadi itu.

Bawang putih tidak dapat mengelakkan seseorang daripada dijangkiti Covid-19, tetapi boleh mengurangkan risiko dijangkiti. Ketika ini, digalakkan menggunakan lebih banyak bawang putih dalam masakan berbanding kebiasaan. Contoh, jika sebelum ini menggunakan seulas bawang putih, tetapi kini bolehlah menggunakan dua ulas dalam setiap masakan.

Akan tetapi, bagi mereka yang tidak tahan dengan bau bawang putih boleh menggantikannya dengan pengambilan ekstrak bahan itu dalam bentuk pil atau minyak seperti Garlic Complex Shaklee yang mudah ditelan dan mudah dibawa kemana-mana seperti,


1. Garlic Complex Shaklee


Exstrak Bawang Putih yang bertindak
untuk meningkatkan Imun Badan



Garlic atau dalam bahasa Malaysia dipanggil bawang putih sering digunakan dalam masakan untuk menambah rasa. Namun tak ramai yang tahu bahawa bawang putih mempunyai khasiat kesihatan. Kandungan allicin di dalam bawang putih mempunyai sifat anti virus dan anti bakteria telah membuatkan ianya sering digunakan sejak zaman berzaman dalam melawan segala jenis virus dan bakteria.

Satu kelopak bawang putih mengandungi kira-kira 5mg hingga 8mg allicin ( bergantung kepada saiz dan keadaan kelopak )

Di Shaklee, produk Garlic Complex dengan kandungan serbuk seulas bawang putih  ( Allium Sativum ) yang tulen sebanyak 500mg dan ianya menepati keperluan untuk meningkatkan sistem pertahanan badan dari serangan virus dan bakteria.

Terdapat 2 kombinasi ekstrak herba dalam Garlic Complex bertujuan untuk membantu menyembunyikan bau serta rasa bawang putih iaitu Rosemary dan Spearmint. Jadi anda boleh nikmati khasiat allicin  di dalam Garlic Complex dengan mudah.


2. Sustained Release Vitamin C Plus Shaklee

SR Vita-c Plus yang kaya dengan ekstrak
citrus, bioflavanoid & hesperidin 


Vitamin C sering disarankan oleh pakar perubatan untuk diambil sebagai anti oksidan yang membantu meningkatkan sistem imun tubuh badan kita. 

Disebabkan manusia tidak boleh menghasilkan sendiri Vitamin C, pengambilan sumber Vitamin C dari sayuran dan buah-buahan sering ditekankan untuk mencukupkan keperluan tubuh badan kita. 

Namun keadaan masa kini tidak memungkinkan kita mendapatkan sepenuhnya khasiat Vitamin C dari sumber semulajadi seperti sayuran dan buah-buahan. Dari proses penanaman sehinggalah sampai ke pengguna, khasiat Vitamin C yang bakal kita perolehi mungkin hanya tinggal sedikit sahaja. 

SR Vitamin C Plus mempunyai teknologi pelepasan berperingkat di mana ianya akan dilepaskan  100mg setiap jam ke dalam sistem tubuh. Ini akan memastikan ianya dapat diserap sepenuhnya oleh tubuh dan digunakan seoptimumnya.


3. Nutriferon Granules Shaklee

Meningkat & Menguatkan imunisasi badan,
 hanya terdapat di Shaklee
    


Satu-satunya interferon atau seumpamanya di pasaran. Ditemui oleh seorang immunologi terkenal dunia, Dr Yasuhiko Kojima yang telah menjalankan kajian selama 40 tahun bersama rakan penyelidik di Universiti Of Tokyo. Selama 40 tahun itu, mereka telah mencari di antara 200 ramuan yang mampu membantu menghasilkan interferon semulajadi dalam tubuh manusia.

Interferon adalah pencetus semulajadi sistem imuniti yang akan membantu sel darah putih untuk bekerja dengan lebih baik dalam meningkatkan sistem antibodi seseorang.


4. Carotomax Shaklee

Carotomax kaya dengan antioksidan karatenoid
yang menguatkan sistem imun badan


Anda pernah dengar bahawa antioksida seperti Karotenoid membantu melindungi dan menambah baik sistem imun?


Seperti antioksidan lain, Karotenoid mampu melindungi tubuh badan kita daripada ancaman virus dan bakteria jahat.

Mana nak dapatkan Karotenoids?
Karotenoids inilah yang memberi warna pada buah-buahan dan sayuran. Ia bukan hanya memberikan warna cantik kepada buah-buahan dan sayuran malah ia berfungsi melindungi mereka daripada kerosakan disebabkan oleh cahaya matahari, menstabilkan dinding sel dan membantu fotosintesis mereka.

Keistimewaan Carotomax Shaklee adalah ia membekalkan enam Karotenoid penting termasuk astaxantin, alfa dan beta karotena, likopena, lutein dan zeaxantin daripada ekstrak pekat. Ia membekalkan lebih 13mg Karotenoid.

5. ESP  Shaklee

Kaya dengan sumber protein dan
menguatkan sistem imun 




Esp merupakan sumber protein yang digunakan untuk menguatkan struktur kulit, menyokong penghasilan antibodi dan mengurangkan peluang virus @bakteria masuk ke dalam badan.

ESP adalah singkatan kepada Energizing Soy Protein minuman terbaik dari Shaklee berperisa vanilla.
Ia dihasilkan daripada protein tumbuhan terpilih iaitu kacang soya yang tidak diubah genetiknya atau dalam bahasa mudah ' non genetically modified organism ' ( non - GMO ). Ia sesuai untuk diminum seisi keluarga dan menawarkan pelbagai manfaat.


6. Vivix Shaklee

Kaya dengan Polifenol, sumber tertinggi
antioksidanyang membantu untuk menguatkan sistem imun


Campuran proprietari saintifik termaju Shaklee adalah berasaskan Anggur Muscadine - salah satu buah-buahan semulajadi yang paling sukar diperolehi dan paling berkuasa.

Anggur muscadine mengandungi rangkaian lengkap polifenol yang ditemui dalam anggur lain. Tidak seperti anggur lain, muscadine mengandungi pekatan luar biasa asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain, menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

Di Shaklee, kami memanfaatkan keberkesanan anggur muscadine ini ke dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan berpaten untuk mendapatkan kepekatan yang tinggi dan mengekalkan bioaktif polifenol.


Cadangan Set yang boleh diambil untuk tingkatkan Imun Badan:

Sesuai untuk mereka yang mementingkan kesihatan dan mempunyai bajet tertentu :

  • Garlic Complex Shaklee
  • SR Vitamin C Shaklee

Set pilihan ramai yang mementingkan kesihatan :
  • Garlic Complex Shaklee
  • SR Vitamin C Shaklee
  • Carotomax Shaklee
  • ESP Shaklee

Set Optimum untuk meningkatkan antibodi
  • Vivix / ResV Shaklee
  • ESP Shaklee
  • SR Vitamin Shaklee
  • Nutriferon Shaklee

Ada sebarang pertanyaan mengenai Cadangan Set Imun booster Shaklee atau produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Azie di 01118597392.



Continue Reading

50 Soalan Mengenai ESP Shaklee

 


1. Apakah yang dimaksudkan Soya Non-GMO.

Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah genetiknya. Erti kata bahawa kacang soya ESP adalah bahan organik dan tidak mempunyai hormon tambahan. Jadi, ia dapat diserap oleh badan dengan sempurna.

2. Bagaimana isoflavon dalam kacang soya dipercayai menyerupai hormon wanita?
Kerana bentuk molekul nya. Akan tetapi, tindak balas yang dilakukan adalah tidak sama kerana estrogen dalam badan mempunyai kuasa dominan jika dibandingkan dengan phytoestrogen.

3. Bagaimana ESP berfungsi untuk bantu ramai wanita yang mengandung?
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi. Ia membantu dalam perkembangan bayi di dalam kandungan.

4. Bagaimana Soya ESP untuk bantu wanita yang ingin hamil.
ESP mempunyai kandungan protein yang berkualiti tinggi dan sangat diperlukan dalam memperbaharui sel-sel baru yang sihat (seperti Hormon untuk kesuburan & Sel-sel sistem pembiakan)

5. Soya tidak elok untuk lelaki. Adakah ia fakta atau auta?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya tidak boleh diambil oleh lelaki.

6. Bagaimana nak kenal pasti customer yang alergik kekacang sebab ada sesetengahnya tidak pernah tahu yang dia alergik soya? Selepas pembelian baru tau yang dia alergik soya
Sebaiknya buat pemeriksaan darah di klinik/hospital untuk mengesan elergik kepada sesuatu makanan.

7. Dari segi perbidanan melayu, soya di katakan boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang sebab ia di kategorikan dalam kekacang. Betul ke?
Tiada kajian sahih yang membuktikan soya boleh menyebabkan urat sejuk dan kembang.

8. Berapa sudu yg sepatutnya di ambil dalam sehari? Ada yang kata 3 sudu, ada kata 6 sudu sehari? Kalau melebihi kuantiti ESP yang di ambil, adakah ia memudaratkan?
Sukatan yang disarankan adalah 3 sudu besar setiap hari. Protein yang ada dalam ESP ialah 14gram bagi 1 hidangan. Individu biasanya memerlukan 50-60g protein setiap hari.Jadi, individu yang mengamalkan makanan sihat dan ditambah dengan ESP satu hidangan sudah mencukupi untuk keperluan badan.

9. Kenapa ambil ESP boleh jadi naik berat badan dan kenapa ada yang ambil boleh kurus?
Pengawalan berat badan perlu seimbang dengan kawal makan, senaman dan supplement berkesan. Jika seseorang hanya ingin kurus dengan pengambilan supplement tanpa kawal makan dan senaman; ia akan membantutkan program kurusnya dan menyebabkan berat naik. Jadi, kita perlu minum air banyak jika mengambil ESP agar proses serapan dan pemulihan otot menjadi lebih baik.

10. Untuk orang nak diet, bagaimanakah pengambilan ESP? Dan waktu bila perlu ambil ESP?
Boleh diambil sebagai meal replacement di waktu pagi , 3 jam selepas breakfast atau boleh diambil sebelum sarapan atau sebelum makan malam (pengambilan makan malam dan sarapan hendaklah dikawal).




11. Adakah ESP tidak boleh diambil bersama supplemen Shaklee yang lain?
Boleh, tiada masalah.

12. Ada mitos kata soya tak bagus utk kesihatan lelaki dan perempuan, ada juga kata soya menyebabkan kulit bayi sensitif.
Tiada bukti saintifik kukuh mengatakan tidak bagus untuk kesihatan, malah, banyak kajian saintifik menunjukkan soya bermanfaat untuk kesihatan.

13. Soya tidak baik utk kesihatan kerana ia akan menggalakkan sel-sel kanser (makanan sel kanser). Betul kah?
Soya dari sumber Non-GMO yang digunakan untuk menghasilkan ESP adalah organik dan tidak merbahaya. Soya ini juga dibasuh dengan air semasa pemprosesannya menyebabkan ia selamat, berkesan dan mesra alam

14. Bolehkan ESP diambil oleh pesakit hypothyroidism, hyperthyroidism, pesakit buah pinggang yang belum atau sedang menjalani dialisis?
Untuk penyakit sebegini, sila dapatkan nasihat doktor dahulu.

15. Adakah ESP penyebab bayi ruam?
Tidak

16. Adakah ESP menyebabkan tulang menjadi lemah . Jika ibu hamil mengambil adakah ia juga menyebabkan tulang bayi menjadi lemah?
Tulang tidak kuat disebabkan kekurangan kalsium. Disarankan untuk ibu mengambil Ostematrix untuk menampung keperluan kalsium.

17. Sebenarnya, bolehkah wanita yang ada masalah Fibroid dan cyst mengamalkan vitamin berasaskan soya spt ESP? Jika tidak boleh, apakah cadangan terbaik untuk sumber protein mereka?
Untuk wanita yang mempunyai masalah cyst, sebaiknya dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil suplemen. Walaubagaimanapun, soya bukan penyebab kepada masalah cyst.

18. Bolehkah ibu yang menyusu anak g6pd ambil ESP dalam tempoh menyusu tu? Ada kesan sampingan pada bayi?
Ibu yang menyusu anak g6pd mengambil produk berasaskan soya hendaklah mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Tidak digalakkan, kecuali di bawah kebenaran doktor.

19. Org gout boleh ambil ESP tak?
Boleh

20. Ibu menyusu yang minum ESP, adakah ia memberi kesan ke atas berat badan bayi? Adakah akan bertambah atau sebaliknya?
Bergantung pada pemakanan ibu dan anak.




21. Bagaimana cara pengambilan ESP boleh membantu menaikkan berat badan?
ESP memberi kandungan amino asid yang lengkap kepada tubuh badan, dan ia dapat membantu dalam penghasilan otot. Kenaikan otot akan mempengaruhi berat badan.

22. Bagaimana cara makan ESP yang betul untuk elak berat badan naik?
Rujuk jawapan 10.

23. Betulkah pada awal kehamilan tidak digalakkan mengambil ESP kerana boleh meningkatkan hormon sehingga menyebabkan keguguran.
Tidak. Pengambilan ESP tidak menyebabkan peningkatan hormon.

24. Adakah ESP boleh menyebabkan kegemukkan setelah ditinggalkan atau apabila dah tak ambil?
Tidak. Boleh rujuk jawapan 9.

25. Apa kaitan minum ESP boleh putihkan kulit?
ESP adalah protein, asas pada bina sel. Apabila sel sihat, maka organ sihat, dan sistem tubuh badan akan turut sihat. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan positif pada sel-sel kulit.

26. Kanak-kanak boleh consume ESP tak? dan kalau boleh berapa sukatan yg sesuai untuk kanak?
Tidak digalakkan. Sebaiknya ambil Mealshake.

27. Berapa sukatan pengambilan ESP untuk pesakit diabeties?
Pengambilan seperti biasa. 1-2 kali sehari.

28. Apakah bukti yang soya ESP adalah non-gmo?
ESP dihasilkan di bawah Identity Preservative Program (IPP), di mana ia dikawal ketat dari proses pertumbuhan sehingga ke pemprosesan. Ia adalah pihak ke-3 yang akan memastikan produk ESP non-GMO.

29. Pengambilan Esp dikatakan bantu kenyang lebih lama, tapi kenapa ada yang lepas sejam dua dah lapar? Adakah ada kesilapan dlm pengambilan?
Pengambilan ESP adalah 3 sudu besar bersamaan 14g protein (105kcal). Proses penyerapan protein setiap individu berbeza. Sekitar 5-9g setiap jam. Jadi dlm masa 3-4 jam sudah berasa lapar jika individu itu hanya minum ESP semata-mata. Dinasihatkan makan pada kalori rendah dan ditambah dengan ESP.



30. ESP dikatakan bagus untuk pesakit gastrik. kenapa? Adakah ia disebabkan ESP mempunyai unsur kalsium ?
Ya betul. ESP mengandungi kalsium 500mg bagi setiap hidangan.

31. Bagaimana ESP dikatakan membantu wanita yang menopause.
Wanita menopause adalah disebabkan oleh level hormone estrogen yang turun secara mendadak. Soya yang mengandungi isoflavons dapat membantu dalam mengawal penurunan hormon ini.

32. ESP yang sudah expired sebab jarang ambil still boleh consume ke?
Disarankan untuk tidak minum selepas expiry date.

33.Betulkah kesesuaian pengambilan ESP adalah mengikut darah?Adakah mereka yang berdarah B tidak sesuai minum ESP dan menyebabkan kegemukan?
Tidak. Tiada kajian saintifik yang kukuh tidak membuktikan ia boleh menyebabkan kegemukan untuk orang berdarah B.

34. Betul ke ESP tak boleh di minum oleh pesakit Cyst disebabkan kandungan soya di dalam ESP?
Soya bukan penyebab kepada penyakit Cyst, tetapi pesakit Cyst hendaklah mendapatkan nasihat doktor sebelum mengambil apa-apa sulpemen.

35. Ibu yang tiada eczema masih menyusukan bayinya akan menyebabkan bayinya itu eczema sekiranya ibu mengambil ESP. Betul ke?
Tidak. Kecuali jika bayi tersebut mempunyai elergik kepada soya. Tetapi keberangkalian adalah rendah.

36. Adakan ESP mengandungi soy isoflavon yg boleh menyebabkan lebihan hormon lelaki (testosterone) dalam badan wanita?
Tidak. Fungsi isoflavon tidak akan melebihi hormon original yang terdapat dalam badan. Jadi, ia tidak mengganggu tahap keabnormalan hormon.

37. Betul ke ambil ESP berlebihan boleh rosak buah pinggang?
Kerosakan buah pinggang bukan disebaakan oleh factor pengambilan soya, tetapi daripada pemakanan yang tinggi pengawet atau ubatan lebihan di dalam badan.

38. Siapa yang memang tak boleh ambil ESP?
Tiada spesifik alasan yang menyatakan soya tidak boleh diambil oleh pesakit tertentu, bagaimanapun, sila dapatkan nasihat doktor untuk pesakit yang menghidap kanser, g6pd, thyroid dan sebagainya.

39. Berapakah sukatan pengambilan ESP sehari bagi ibu hamil dan ibu menyusu?
Disarankan pengambilan 3 sudu minimum sehari. Boleh ambil lebih sehingga 9 sudu ikut keperluan badan.

40. Adakah kegatalan badan selepas consume ESP sebagai healing crisis? Atau alahan kepada kacang soya? Berapa lama biasa nya healing crisis utk pengguna ESP?
Kebarangkalian itu ada. Pantau untuk 2-3 minggu. Banyakkan minum air. Sebaiknya buat pemeriksaan untuk lihat tahap elergik pada makanan. Jika tidak, minum air kosong secukupnya setiap hari.


41. Betul ke ambil ESP boleh cerahkan kulit? Berapa lama makan boleh dapatkan kulit yang cerah?
ESP bukan ubat tapi supplement. Ia bertindak untuk bina sel dan apabila sel sihat, maka organ dan sistem badan turut sihat. Selain itu, boleh ambil vitamin C, E dan Kolagen untuk kulit.

42. Kenapa ada ESP berasa pahit?
ESP tidak pahit. Sila report kepada pihak Shaklee jika ada sebarang keraguan.

43. Adakah ESP boleh menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan demam panas?
Bergantung pada individu. Tiada masalah setakat ini sejak ESP dikenalkan sejak 1961. Jika semakin teruk, disarankan untuk dapatkan rawatan dari doktor.

44 Bolehkah ESP diambil oleh pesakit yang disyaki denggi,?
Boleh. Tiada masalah. Pada masa yang sama, pesakit denggi hendaklah minum air secukupnya.

45. Pesakit psiorisis perlukah ambil ESP dan apa kebaikannya?
Untuk autoimmune, perlu dapatkan nasihat doktor.

46. Kenapa selepas minum ESP, ada yang membuatkan orang rasa bloated dan naik angin?
Dikhuatiri kurang makan dan kurang air. Banyak faktor lain yang menyebabkan bloated. Sila makan dengan masa yang betul, dan cukupkan pengambilan air kosong.

47. Sekiranya ibu hamil memang ambil ESP dari sebelum hamil, tapi morning sickness membuatkan dia loya dan tak lalu minum ESP lagi, ada cara minum yang sesuai tak?
Minum ESP dengan mencampurkan dengan minuman lain seperti jus buah-buahan.

48. Protein dikatakan penggalak kanser. Bolehkah pesakit kanser minum ESP?
Boleh atas nasihat doktor. Jika ada penyakit tertentu, sila dapatkan nasihat doktor sebelum pengambilan suplemen.

49. Jerawat akan tumbuh setiap kali saya makan kacang. Adakah selamat sekiranya saya minum ESP?
Boleh buat pemerhatian terlebih dahulu, kerana mungkin ada healing crisisnya. Produk Shaklee sentiasa selamat. Namun penerimaan setiap individu kesannya berbeza mengikut tahap kesihatan setiap orang.

50. Abang saya ada asthma. Ambik ESP terus trigger asthma.
Kemungkinan abang puan ada masalah alahan pada makanan tertentu juga, sila buat pemerikasaan kepada doktor dahulu.



Continue Reading

Sijil HALAL Shaklee 2020

Sijil HALAL Shaklee 2020

Since dah masuk tahun baru, Sijil HALAL Shaklee pun dah keluar yang baru. 
Shaklee sangat komited dengan kualiti dan kehalalan produknya :)

Sijil HALAL Shaklee 2020
Klik gambar untuk paparan lebih jelas






Sijil HALAL Shaklee 2020
Klik gambar untuk paparan lebih jelas




Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini: Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM dan di sini: Halal Accreditation (ISA).




Jadi, anda tak perlu risau untuk menggunakan produk Shaklee.Gunakan tanpa was-was.



Hubungi kami:



Page FB : Kedai Vitamin Sungai Petani [011-18597392]
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Sungai Petani / Kulim / Baling
Pengeposan ke seluruh Malaysia
Continue Reading