10 Testimoni Vivix Untuk Ibu Bersalin Normal & Caesarean - Bantu Sembuh Luka


Vivix tinggi kandungan polifenol yang kaya
dengan antioksida bantu sembuh luka ibu bersalin
 


 Vivix semakin disukai oleh para ibu yang berpantang samada bersalin normal atau bersalin czer. Sebabnya khasiat dan kebaikan Vivix yang banyak membantu ibu berpantang dengan lebih baik.



Kebaikan Vivix Shaklee Untuk Ibu Berpantang

  1. Memberi tenaga kepada ibu, badan kurang rasa lenguh atau sakit-sakit badan. Tempoh berpantang sangat mencabar bagi si ibu dalam menjaga diri dan bayi. 
  2. Menyembuhkan organ peranakan si ibu.
  3. Baik pulih kesihatan rahim si ibu yang baru selepas bersalin.
  4. Bantu proses penyembuhan luka lepas bersalin. Luka cepat sembuh dan kering sekaligus bantu kurangkan risiko luka terbuka atau bernanah.
  5. Mengelakkan stress atau gila meroyan.
  6. Menguatkan sistem imun badan si ibu dari terkena demam, selsema, penyakit berjangkit dan sebagainya.
  7. Meningkatkan metabolisme badan si ibu jadi boleh membantu mengelak berat naik mendadak kerana masa berpantang si ibu tak boleh banyak bergerak.
  8. Mencantikkan & menyihatkan kulit si ibu kerana Vivix tinggi antioksidan yang bagus untuk melambatkan proses penuaan kulit. Secara tak langsung kulit baby juga bertambah cantik dan sihat.
  9. Menggalak tekanan darah yang sihat buat ibu.
  10. Kurangkan rasa sakit lepas bersalin terutama yang bersalin czer/pembedahan.

Bagi ibu-ibu yang berpantang selepas bersalin secara czer, sudah pasti tidak terlepas daripada masalah luka czer yang lambat sembuh dan lambat kering. Bukan itu sahaja, rasa risau dengan luka bahagian dalam juga menjadi kebimbangan utama. Tidak hairanlah, kalau ibu berpantang czer merasa sukar untuk banyak bergerak, kerana risau luka czer jadi lambat sembuh.

Bagi membantu ibu-ibu berpantang selepas bersalin normal atau czer ni, sangat disarankan  anda untuk mengambil Vivix, yang dapat membantu agar luka czer cepat sembuh luar dan dalam. 


Manfaat Vivix untuk ibu berpantang/ bersalin
 normal atau czer





10 Testimoni Vivix Shaklee Untuk Ibu Bersalin Normal dan Caesarean (Czer)


  










Banyak kebaikan bila ibu berpantang mengambil Vivix Shaklee ni. Memang sangat berbeza rasa badan kita bila berpantang dengan Vivix dan berpantang tanpa Vivix. 


Ada sebarang pertanyaan mengenai Vivix atau produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Azie di 01118597392 atau klik ja ikon whatsapp di kiri anda.



Continue Reading

Bersalin Caesarean : Apakah Yang Perlu Saya Ketahui Selepas Saya Menjalani Pembedahan Czer?

 


Anda mungkin pernah mendengar cerita-cerita yang menakutkan mengenai kemurungan selepas bersalin dan masalah untuk menyusu badan (atasi masalah ini dengan set berpantang Shaklee) selepas pembedahan caesarean. Jangan biarkan cerita-cerita ini mengganggu fikiran anda. 


Tanda dan simptom kemurungan adalah berbeza bagi setiap ibu, tetapi anda akan merasa:

  • perasaan putus asa
  • bersalah
  • amat letih
  • muram
  • sering menangis
  • sunyi
  • gelisah
  • terperangkap





Walaupun kemurungan awal selepas bersalin lebih banyak berlaku kepada wanita yang menjalani pembedahan caesarean berbanding wanita yang bersalin secara normal, menjelang bulan kedua, kadarnya agak sama.

Jika anda mahu memberi bayi susu badan, penting bagi anda mendapat pertolongan dari awal lagi. Wanita yang menjalani pembedahan caesarean kurang berkemungkinan untuk mula menyusu badan berbanding wanita yang bersalin secara normal. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja anda bermula, peluang untuk anda berjaya sama sahaja dengan wanita yang bersalin normal.

Mintalah jururawat perbidanan atau kaunselor penyusuan badan untuk membantu anda dan bayi memulakannya secepat mungkin.

Jagalah diri anda dengan baik semasa hamil dan cuba kurangkan stres anda dan terimalah semua bantuan yang ditawarkan. Lebih banyak sokongan yang diperolehi semasa hamil, lebih kuat dan konfiden anda akan rasakan selepas kelahiran apabila sudah mendapat bayi anda.

Sumber : Babycenter

Continue Reading

Bersalin Caesarean : Kelebihan dan Kelemahan Bersalin Caesarean



Dalam kelahiran caesarean akan berlaku bantuan pembedahan yang dibuat melalui dinding perut dan rahim ibu.

Kini, kelahiran secara pembedahan perlahan-lahan menjadi pilihan popular bagi wanita hamil.

Kelebihan pembedahan caesarean yang dirancang ialah anda tahu bila bayi akan dilahirkan. 

Anda juga boleh merancang dengan sewajarnya dan mempersiapkan diri secara mental untuk kelahiran itu. Sekaligus membantu mengurangkan tekanan dan kerisauan.


Kelebihan bersalin pembedahan caesarean (czer)

  • Mengurangkan tekanan dan kerisauan anda tentang proses kelahiran yang mungkin menyakitkan.
  • Risiko masalah seksual selepas bersalin adalah lebih rendah.
  • Bayi juga mempunyai peluang kecil daripada mengalami sebarang trauma kelahiran kerana tiada penggunaan forcep atau vacuum digunakan

Walaupun anda akan rasa sakit pada bahagian perut, anda tidak akan mengalami ketidakselesaan yang diakibatkan oleh kelahiran normal. Ini termasuk:

  • Kesakitan daripada calar dan jahitan pada bahagian di antara faraj dan dubur (perineum).
  • Kebocoran air kencing, sewaktu bahagian di sekitar faraj anda sedang dalam proses penyembuhan.


Kelemahan bersalin pembedahan caesarean (czer)

  • Dalam kebanyakan kes besalin czer akan dirancang terlebih dahulu namun itu bukan bermakna bayi anda sudah cukup bersedia untuk dilahirkan dan mungkin belum capai tempoh matang.
  • Semasa kelahiran pembedahan,kehilangan banyak darah jauh lebih besar.
  • Penggunaan suntikan anestesia/epidural meningkatkan pelbagai komplikasi yang mungkin boleh berlaku.
  • Anda mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan dan pembekuaan darah.
  • Mempunyai kadar kematian yang tinggi bagi ibu dan dua kali ganda risiko kematian bagi bayi.
Namun begitu, anda haruslah berbincang dengan pasangan dan juga doktor untuk memutuskan pilihan yang mana sesuai mengikut tahap kesihatan anda agar kelahiran bayi dan ibu selamat dan perkembangan bayi sihat. 

Semoga proses bersalin anda berjalan lancar hendaknya. InshaaAllah.




Continue Reading

Bersalin Caesarean: Adakah Caesarean Akan Memberi Kesan Terhadap Kehamilan Seterusnya?


Kemungkinannya memang ada. Sekali anda menjalani caesarean, anda lebih berkemungkinan melahirkan melalui caesarean dalam kehamilan akan datang. 


Pembedahan caesarean juga meningkatkan sedikit risiko mengalami plasenta previa (plasenta terletak rendah) dalam kehamilan yang akan datang.

Terdapat juga risiko kecil parut pada uterus anda terbuka dalam kehamilan atau kelahiran selepas ini, tetapi ini jarang berlaku. Doktor memanggilnya koyakan uterine (uterine rupture). Koyakan uterin sangat jarang berlaku, iaitu kurang daripada 0.4 peratus wanita yang pernah menjalani pembedahan caesarean mengalaminya.

Menurut Dr Norintan Zainal Shah, Pakar Perbidanan & Sakit Puan, Hospital Columbia Asia Seremban, ibu tidak perlu panik kerana terdapat kajian yang menunjukkan jarak minimum untuk hamil selepas kelahiran adalah enam bulan sahaja. Sebagai contoh, sekiranya ibu hamil setelah anak pertama berusia sepuluh bulan, risiko dinding rahim terkoyak adalah amat rendah.
 
Masalah dinding rahim terkoyak ini dinamakan sebagai uterine rupture selalunya berlaku sewaktu kontraksi ketika hendak bersalin. Ia dilaporkan berlaku kurang dari 1% bagi ibu yang mempunyai satu pembedahan caesarean sebelumnya.


Masih Berpeluang Bersalin Normal

Percubaan untuk bersalin secara normal selepas adanya pembedahan caesarean dikenali sebagai TOS atau (Trial of Scar). Bersalin secara normal melalui faraj selepas adanya pembedahan caesarean dikenali pula sebagai VBAC (Vaginal Birth After Caesarean Section).

Jika wanita ingin melalui pembedahan caesarean bagi kandungan kedua, ini dikenali sebagai Elective Repeat Cesaerean Section ( ERCS). Bagi pesakit yang pernah mengalami pembedahan caesarean dan inginkan VBAC bagi kandungan keduanya, doktor hendaklah memberitahu bahawa VBAC lebih selamat daripada ERCS.

Ini bererti, pesakit yang berjaya melalui TOS tanpa berlakunya dinding rahim terkoyak dan bersalin melalui VBAC, mereka tidak banyak mengalami masalah. Jika ada 10 orang wanita yang melalui TOS, lapan daripadanya akan berjaya bersalin secara normal.

Amat penting bagi ibu untuk memahami bahawa dinding rahim terkoyak berisiko kepada wanita yang melalui proses TOS. Walau pun ibu terbabit dipantau di hospital yang mempunyai perkhidmatan doktor pakar perbidanan dan pakar bius, serta perkhidmatan tabung darah, hal ini boleh berlaku.

Kesan Dinding Rahim Terkoyak

  1. Tumpah darah dari rahim ibu sehingga ibu memerlukan transfusi darah.
  2. Ibu melahirkan bayi secara emergency caesarean section.
  3. Anak yang dilahirkan boleh mengalami masalah kekurangan darah dan oksigen sehingga boleh menyebabkan kecacatan otak dan maut.
  4. Rahim yang mengalami koyak kadang kala tidak dapat diselamatkan dan perlu dibuang.
  5. Kesan sampingan bius penuh ketika menjalankan caesarean secara kecemasan juga tinggi. Doktor bius akan memberi penerangan sebelum ibu dibedah.
  6. Kehilangan darah yang banyak boleh berisiko menyebabkan masalah DIVC (Disseminated Intravascular Coagulation) di mana darah terus menerus mengalir keluar dari badan kerana darah tidak dapat membeku. Keadaan ini boleh menyebabkan maut.

 Dr Norintan menasihatkan agar ibu yang hamil semula dalam jarak kurang dari enam bulan segera merujuk kepada pakar sakit puan & perbidanan supaya rekod pembedahan yang pertama boleh diperiksa atau disemak sebelum ibu boleh melalui TOS. Risiko dinding rahim terkoyak amat tinggi (jika ia berlaku).



Continue Reading

Bersalin Caesarean : Risiko Caesarean Pada Bayi


Kemungkinan besar, bayi anda berada dalam keadaan sihat, semasa dan selepas pembedahan. Sesetengah bayi mengalami masalah pernafasan selepas dilahirkan. Walaupun masalah pernafasan selepas caesarean biasanya tidak serius, kadang-kala bayi tersebut perlukan penjagan khas 
untuk membantu mereka pulih.


Kira-kira 35 dalam setiap 1,000 bayi mengalami masalah pernafasan selepas caesarean, berbanding lima dalam 1,000 bayi yang dilahirkan secara normal. Masalah pernafasan lebih banyak berlaku kepada:

  • bayi pramatang yang dilahirkan melalui caesarean;
  • bayi yang dilahirkan melalui caesarean yang dijalankan sebelum proses kelahiran bermula.

Ada juga bayi yang terluka sedikit akibat terkena pisau bedah. Kira-kira dua peratus bayi mengalami luka kecil semasa pembedahan caesarean.

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Profesor Dr Nur Azurah Abdul Ghani berkata, sekiranya pembedahan dilakukan pada usia kandungan 37 minggu, ada kalanya bayi belum bersedia dan terlupa untuk bernafas dengan sendiri.




Ia menyebabkan bayi berkenaan memerlukan pemantauan di wad selepas dilahirkan.

"Jika kepala bayi berada di bahagian bawah ketika pembedahan kecemasan, ia juga boleh menyukarkan doktor untuk mengeluarkannya," katanya.


Sumber : Babycenter , Harian Metro


Baca perkongsian menarik disini juga : 

Bersalin Caesarean : Adakah Selamat Berbanding Kelahiran Biasa?

Bersalin Caesarean : Risiko Utama Pembedahan Caesarean

Bersalin Caesarean : Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?

Continue Reading

Bersalin Caesarean : Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?



Komplikasi yang serius sangat jarang, iaitu kurang daripada 1 peratus. Komplikasi serius termasuk:

  • Kecederaan kepada pundi kencing, tiub yang menyambungkan buah pinggang dengan pundi kecing, atau kepada usus besar.
  • Kadang-kadang, dan perkara ini sangat jarang berlaku, doktor mungkin perlu menjalankan pembedahan membuang rahim (histerektomi) sebagai langkah menyelamatkan nyawa.
  • Perlu menjalani pembedahan pada masa akan datang.

Jika anda mengalami komplikasi yang serius sewaktu pembedahan caesarean, anda mungkin perlukan pemindahan darah. Sesetengah komplikasi yang sangat jarang akibat caesarean boleh membahayakan nyawa. Walau bagaimanapun, risiko caesarean membawa kematian adalah sangat kecil, iaitu hanya satu dalam 12,000.

Wanita yang bercadang untuk melakukan pembedahan caesarean secara elektif tanpa ada keperluan emergency haruslah mengetahui risiko presedur itu dan risiko pada bayi setelah dilahirkan nanti.

Pada kes-kes kehamilan yang rumit disebabkan oleh kedudukan bayi yang songsang yang teruk, badan bayi yang besar, kembar , kecacatan bayi, pendarahan pada uri, bayi berada dalam keadaan stress ketika ibu dijangkiti virus (eg HIV dan Herpes), pembedahan caesarean mungkin akan menyelamatkan nyawa bayi.

Bagaimana pun pembedahan caesarean secara elektif juga memberi risiko yang tinggi pada bayi berbanding kelahiran biasa.

Dalam kajian terdapat komplikasi kepada bayi seperti kesukaran bernafas dan perkembangan saraf yang lambat dan perlu dimasukkan ke intensive care unit.


Continue Reading

Bersalin Caesarean : Risiko Utama Pembedahan Caesarean

 


Kalau diberi pilihan, hampir semua wanita bercita-cita untuk melahirkan bayi secara normal. Namun terdapat banyak kondisi yang boleh berlaku ketika mengandung hinggalah detik bermulanya kontraksi yang menyebabkan pembedahan caesarean terpaksa dijalankan.

Sama ada pembedahan dilakukan secara elektif (pilihan) mahupun kecemasan (emergency), bersalin czer juga mempunyai risikonya tersendiri.

1. Kesakitan

Keburukan utama pembedahan caesarean ialah kesakitan yang anda terpaksa alami selepas pembedahan. Anda akan rasa sakit pada bahagian luka pembedahan dan rasa tidak selesa pada bahagian perut selama beberapa minggu selepas pembedahan.

Anda akan diberi ubat penahan sakit untuk menangani kesakitan ini, tetapi ia masih akan mengganggu aktiviti seharian anda untuk beberapa ketika. 

2. Jangkitan

Sebelum dibedah, anda akan diberi satu dos antibiotik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan. Walau bagaimanapun, kira-kira lapan peratus daripada wanita yang menjalani caesarean masih mendapat jangkitan selepas pembedahan. Terdapat tiga jangkitan utama yang perlu diberi perhatian:

  • Jangkitan pada bahagian luka. Tanda-tanda jangkitan pada luka termasuk kemerahan, berair, atau kesakitan yang semakin teruk pada bahagian tersebut.
  • Jangkitan pada lapisan uterus (rahim). Ini dipanggil endometritis. Masalah ini lebih berkemungkinan berlaku jika air ketuban anda pecah lama sebelum anda mula rasa sakit bersalin atau sekiranya anda menjalani banyak pemeriksaan faraj sebelum pembedahan. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk pendarahan yang teruk dan berbau serta demam.
  • Jangkitan salur kencing. Semasa pembedahan, sebatang tiub nipis atau catheter akan dimasukkan ke dalam salur kencing untuk mengosongkan pundi kencing anda. Jangkitan boleh berlaku melaluinya.

3. Darah beku

Mana-mana pembedahan meningkatkan risiko anda mengalami darah beku. Ini boleh jadi serius, bergantung kepada di mana pembekuan itu berlaku. Jika pembekuan berlaku dalam paru-paru, ia boleh menyebabkan kematian. Tanda-tanda masalah ini termasuk:

  • batuk;
  • sesak nafas;
  • kesakitan atau bengkak pada bahagian betis.

Hubungi doktor anda sekiranya anda mendapat tanda-tanda tersebut selepas pembedahan caesarean.

Doktor mungkin akan memberi anda ubat untuk mencairkan darah dan stoking getah sokongan untuk memperbaiki peredaran darah pada kaki anda. Anda juga digalakkan supaya berdiri dan berjalan-jalan secepat mungkin selepas pembedahan caesarean. Ini akan membantu peredaran darah dan mengurangkan risiko pembentukan darah beku.


4. Lekatan

Seperti juga pembedahan lain pada bahagian perut atau pelvis, caesarean berisiko menyebabkan lekatan (adhesion) semasa proses penyembuhan. Lekatan ialah kelompok tisu parut yang boleh menyebabkan organ-organ pada abdomen anda melekat sesama sendiri atau pada bahagian dalam dinding perut. Kira-kira separuh daripada wanita yang menjalani caesarean mengalami lekatan, dan jumlah ini meningkat kepada 83 peratus selepas tiga pembedahan caesarean.

Lekatan boleh jadi menyakitkan kerana ia mengehadkan pergerakan organ-organ dalaman. Dalam sesetengah kes, ini boleh menyebabkan masalah kesuburan apabila ia menekan tiub falopia atau menyekatnya.


5. Pembiusan


Prosedur pembiusan


Kebanyakan pembedahan caesarean dilakukan tanpa pembiusan am (general anaesthetic), yang membuatkan anda tidur. Sebaliknya, anda akan diberi suntikan epidural yang akan mengebaskan perut anda. Epidural lebih selamat bagi anda dan bayi berbanding pembiusan am. Walau bagaimanapun, apa-apa jenis pembiusan melibatkan sedikit risiko. Selepas menerima suntikan epidural, sesetengah wanita mengalami:

  • Sakit kepala yang teruk. Masalah ini melibatkan kira-kira satu peratus wanita.
  • Kerosakan saraf. Ini jarang berlaku dan jika ia berlaku, ia hanya berlangsung selama beberapa hari atau minggu sahaja.


Memang wanita yang bersalin secara pembedahan caesarean ini akan dibius terlebih dahulu untuk mengelakkan kesakitan yang melampau. Namun, rasa sakit itu akan kembali selepas pembedahan berakhir.

Perkara itu tidak menjadi halangan sebagai seorang ibu untuk menguruskan bayinya yang masih perlu menyusu, dibelai serta didukung oleh ibunya sendiri.

Kesimpulannya, hargailah setiap wanita kerana mereka melalui proses yang boleh memberikan risiko kematian walau apa cara kelahiran sekalipun.

Sumber : Babycenter 

Baca perkongsian menarik disini juga : Bersalin Caesarean : Adakah Selamat Berbanding Kelahiran Biasa?



Continue Reading

Bersalin Caesarean : Adakah Selamat Berbanding Kelahiran Biasa?

 

Ilustrasi bersalin secara caesarean (czer)

Secara amnya, kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Ini bukan sahaja untuk kehamilan anda sekarang, tetapi juga untuk kehamilan anda yang seterusnya. Kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan. Walaupun pembedahan caesarean ialah prosedur biasa, kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri. Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda.


Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan untuk menyelamatkan nyawa si ibu atau bayi. Dalam kes seperti ini, tidak dinafikan bahawa kelahiran melalui caesarean ialah pilihan yang paling selamat.

Tetapi ada juga masanya di mana pilihan ini tidak begitu jelas, dan terpulang kepada anda dan doktor untuk menimbangkan risiko dan kebaikan pembedahan caesarean dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk anda.

Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini. Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:

  • mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti
  • pernah menjalani pembedahan pada bahagian perut;
  • mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.

Jika anda telahpun melalui proses cetusan (induce), dan masih tiada perkembangan, anda mungkin perlu memutuskan samada mahu menjalani caesarean ataupun tidak. Kaedah kelahiran cetusan boleh menjurus kepada lebih banyak intervensi oleh pasukan perubatan.


Ilustrasi bersalin menggunakan ventous atau forceps


Sesetengah intervensi, contohnya kelahiran dibantu dengan menggunakan ventous atau forceps, mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu, anda dan doktor perlu menimbangkan risiko-risiko tersebut berbanding risiko caesarean.

Continue Reading