Bersalin Caesarean : Adakah Selamat Berbanding Kelahiran Biasa?

 

Ilustrasi bersalin secara caesarean (czer)

Secara amnya, kaedah bersalin secara normal adalah lebih selamat berbanding pembedahan caesarean. Ini bukan sahaja untuk kehamilan anda sekarang, tetapi juga untuk kehamilan anda yang seterusnya. Kaedah bersalin normal juga lebih baik untuk kesuburan anda pada masa hadapan. Walaupun pembedahan caesarean ialah prosedur biasa, kesemua pembedahan mempunyai risikonya sendiri. Pembedahan caesarean melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvis anda.


Kadang-kala, pembedahan caesarean diperlukan untuk menyelamatkan nyawa si ibu atau bayi. Dalam kes seperti ini, tidak dinafikan bahawa kelahiran melalui caesarean ialah pilihan yang paling selamat.

Tetapi ada juga masanya di mana pilihan ini tidak begitu jelas, dan terpulang kepada anda dan doktor untuk menimbangkan risiko dan kebaikan pembedahan caesarean dalam membuat keputusan apa yang terbaik untuk anda.

Keadaan kesihatan dan gaya hidup anda akan mempengaruhi keputusan ini. Anda berisiko lebih tinggi mengalami komplikasi selepas caesarean jika anda:

  • mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti
  • pernah menjalani pembedahan pada bahagian perut;
  • mempunyai masalah kesihatan yang memerlukan perhatian.

Jika anda telahpun melalui proses cetusan (induce), dan masih tiada perkembangan, anda mungkin perlu memutuskan samada mahu menjalani caesarean ataupun tidak. Kaedah kelahiran cetusan boleh menjurus kepada lebih banyak intervensi oleh pasukan perubatan.


Ilustrasi bersalin menggunakan ventous atau forceps


Sesetengah intervensi, contohnya kelahiran dibantu dengan menggunakan ventous atau forceps, mempunyai risikonya sendiri. Oleh itu, anda dan doktor perlu menimbangkan risiko-risiko tersebut berbanding risiko caesarean.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)