Bersalin Caesarean : Kelebihan dan Kelemahan Bersalin Caesarean



Dalam kelahiran caesarean akan berlaku bantuan pembedahan yang dibuat melalui dinding perut dan rahim ibu.

Kini, kelahiran secara pembedahan perlahan-lahan menjadi pilihan popular bagi wanita hamil.

Kelebihan pembedahan caesarean yang dirancang ialah anda tahu bila bayi akan dilahirkan. 

Anda juga boleh merancang dengan sewajarnya dan mempersiapkan diri secara mental untuk kelahiran itu. Sekaligus membantu mengurangkan tekanan dan kerisauan.


Kelebihan bersalin pembedahan caesarean (czer)

  • Mengurangkan tekanan dan kerisauan anda tentang proses kelahiran yang mungkin menyakitkan.
  • Risiko masalah seksual selepas bersalin adalah lebih rendah.
  • Bayi juga mempunyai peluang kecil daripada mengalami sebarang trauma kelahiran kerana tiada penggunaan forcep atau vacuum digunakan

Walaupun anda akan rasa sakit pada bahagian perut, anda tidak akan mengalami ketidakselesaan yang diakibatkan oleh kelahiran normal. Ini termasuk:

  • Kesakitan daripada calar dan jahitan pada bahagian di antara faraj dan dubur (perineum).
  • Kebocoran air kencing, sewaktu bahagian di sekitar faraj anda sedang dalam proses penyembuhan.


Kelemahan bersalin pembedahan caesarean (czer)

  • Dalam kebanyakan kes besalin czer akan dirancang terlebih dahulu namun itu bukan bermakna bayi anda sudah cukup bersedia untuk dilahirkan dan mungkin belum capai tempoh matang.
  • Semasa kelahiran pembedahan,kehilangan banyak darah jauh lebih besar.
  • Penggunaan suntikan anestesia/epidural meningkatkan pelbagai komplikasi yang mungkin boleh berlaku.
  • Anda mudah terdedah kepada pelbagai jangkitan dan pembekuaan darah.
  • Mempunyai kadar kematian yang tinggi bagi ibu dan dua kali ganda risiko kematian bagi bayi.
Namun begitu, anda haruslah berbincang dengan pasangan dan juga doktor untuk memutuskan pilihan yang mana sesuai mengikut tahap kesihatan anda agar kelahiran bayi dan ibu selamat dan perkembangan bayi sihat. 

Semoga proses bersalin anda berjalan lancar hendaknya. InshaaAllah.




0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)