5 Cara Tingkatkan Imun Badan

 Sistem imunisasi atau daya ketahanan tubuh secara ringkasnya difahami sebagai sistem kerja tubuh melawan penyakit. Sistem ini akan melindungi tubuh dari serangan organisma atau kuman yang akan menyebabkan penyakit. Pada dasarnya, sistem tubuh secara normal dapat berkerja dengan sangat efisien dalam mengahadapi musuh tersebut.

Akan tetapi, saat sistem imun ini dalam keadaan lemah, tubuh badan pun akan mudah diserang penyakit.Oleh sebab itu,untuk memastikan tubuh badan kembali kebal terhadap penyakit, sistem imun perlu dijaga dan ditingkatkan. Tambahan pula, kebelakangan ini tahap imunisasi yang lemah sangat berisiko untuk terjangkit virus corona penyebab Covid-19.

Definisi ringkas Sistem Imun


Cara Tingkatkan Imun Badan

Berikut adalah cara yang disarankan,

1. Elakkan stress dan bersikap rileks atau tenang ketika menghadapi sesuatu masalah.

Stress merupakan salah satu penyakit. Semakin tinggi stress, semakin sedikit antibodi dan sel darah putih yang dihasilkan tubuh. Stress juga boleh membawa seseorang itu pada gaya hidup yang  tidak sihat seperti :

  • Makan makanan yang tidak berkhasiat
  • Merokok
  • Minum minuman beralkohol

Punca sistem imun lemah


Gaya hidup begini sangat membahayakan diri kerana boleh meyebabkan ketahanan imun badan semakin lemah untuk melawan penyakit.

Meluangkan masa sebentar ketika stress disebabkan kesibukan yang tidak pernah berakhir sangatlah digalakkan. Stress yang dibiarkan bisa menyebabkan perubahan fisiologi yang dapat melemahkan sistem imunisasi badan seseorang. Orang yang mengalami stress sebenarnya sudah memasuki "fasa sakit" . Tekanan yang terus menerus mengakibatkan penurunan zat-zat kimia dalam tubuh, seperti hormon adrenalin dan kortisol, yang akhirnya merosakkan sistem imun dalam badan.

Dalam pelbagai kajian telah membuktikan, bahawa stress sangat berkait rapat dengan penurunan pretasi semulajadi sel darah putih dan antibodi dalam darah.



Sumber tertinggi antioksidan


2. Memakan makanan berserat dan mengandungi antioksidan.

Pernahkah anda mendengar tentang radikal bebas? Komponen yang disebut-sebut dapat menyebabkan berbagai macam penyakit ini ternyata berada di sekeliling anda setiap hari. Radikal bebas adalah hasil sampingan dari proses pengolahan makanan menjadi tenaga. Selain itu anda juga bisa mendapat radikal bebas dari makanan, udara, bahkan dari tindak balas tubuh anda terhadap cahaya matahari. Oleh itu, tubuh kita memiliki mekanisma pertahanan khas untuk menangkal kesan buruk radikal bebas, iaitu antioksidan.

Ada dua jenis antioksidan iaitu endogenous yang dihasilkan oleh tubuh, serta exogenous yang didapati dari luar tubuh terutama dari makanan. Meskipun dapat menghasilkan antioksidan sendiri, tubuh cenderung lebih bergantung pada antioksidan yang berasal dari luar. Antioksidan ini akan bekerja dengan cara memberikan elektron pada molekul radikal bebas sehingga meneutralkan sifat buruk dari radikal bebas tersebut.

Seperti sudah dijelaskan sebelumnya, antioksidan bersifat menangkal radikal bebas. Jika dibiarkan, radikal bebas dapat menyebabkan kerosakan pada sel-sel tubuh yang sihat. Radikal bebas dikenali sebagai penyebab berbagai penyakit seperti kanser, penyakit jantung, penglihatan tidak jelas, hingga boleh menyebab Alzheimer. Antioksidan sebagai peneutral sifat tindak balas radikal bebas dapat mencegah penyakit-penyakit tersebut.

Terdapat pelbagai jenis antioksidan. Setiap jenis antioksidan bekerja dengan cara yang berbeza, untuk melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan. Vitamin C diketahui dapat mencegah kerosakan dengan menangkap dan meneutralkan radikal bebas, sementara vitamin E dapat memecah rantai radikal bebas. Flavonoid dan Polifenol merupakan antioksidan yang terdapat pada berbagai jenis makanan dan merupakan sumber terbesar antioksidan. 

Contoh buah-buahan & sayuran yang mengandungi antioksidan paling tinggi antaranaya adalah bluberi, strawberi, plum hitam, anggur muscadine, lobak ungu, buah delima, ceri, mangga, bayam, dan brokoli. 


3. Tidur mencukupi

Dapatkan tidur yang cukup membantu anda meningkatkan sistem imun anda.



Putuskan rantaian kuman & virus


4. Elakkan jangkitan

Mengambil langkah-langkah untuk mengelakkan jangkitan kuman dan virus, seperti membasuh tangan dengan kerap dan memasak sumber protein (ayam, daging, telur dan banyak lagi) dengan teliti. dan yang paling utama adalah patuh SOP yang telah ditetapkan agar kita mampu memutuskan rantaian jangkitan.


Illustrasi Vitamin C



5. Pengambilan supplement tambahan 

Zaman sekarang sangat penting pengambilan suplement tambahan untuk memastikan tahap kesihatan kita berada pada tahap optimum. Memang melalui pemakanan  dan diet harian , kita sudah mendapat zat dan mineral yg diperlukan tapi adakah ia cukup untuk badan kita setiap hari.

Sebagai contoh Vitamin C , badan kita tidak mampu menghasilkan Vitamin C. Jadi, kita perlu ambil Vitamin C setiap hari untuk kesihatan badan. Vitamin C bukanlah ubat, tetapi supplement yang diperlukan badan manusia. Mengikut kajian, tubuh badan manusia memerlukan 600mg Vitamin C setiap hari bersamaan 7.5 biji buah oren. Tentu sukar bukan untuk kita makan oren 7.5 biji sehari?

Atau sayur-sayuran yang kita makan akan dimasak terlebih dahulu, adakah anda tahu banyak zat dan nutrien yang hilang sepanjang proses memasak pada suhu yang tinggi. Akibat daripada itu, kita tidak mendapat zat dan nutrien yang secukupnya setiap hari yang menyebabkan imun badan kita lemah sekaligus mudah terkena jangkitan.

Justeru itu, sangatlah penting pengambilan supplement atau vitamin tambahan untuk mengisi ketidakcukupan zat dan nutrien dalam tubuh badan kita disamping meningkat sistem imun badan.

Cadangan supplement petahanan terbaik untuk meningkatkan imun sistem badan  antaranya adalah vitamin daripada Shaklee yang mempunyai nombor pendaftaran KKM,  Sijil HALAL yang diiktiraf JAKIM, dan setiap produk Shaklee mempunyai landmark study yang terbukti selamat dan berkesan digunakan. Disamping itu produk Shaklee adalah produk supplement yang telah lama berada di pasaran sejak beratus tahun lagi. 


Promosi Oktober, Set Kesihatan Lengkap
1 Keluarga


Ada sebarang pertanyaan mengenai Cadangan Set Pertahanan Shaklee atau produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Azie di 01118597392 atau klik saja ikon whatsapp di sebelah kiri blog ini.


 


Page FB : Kedai Vitamin Sungai Petani [011-18597392]
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Sungai Petani / Kulim / Baling
Pengeposan ke seluruh Malaysia

4 comments:

  1. Kena seimbang lifestyle dan pemakanan, kan

    ReplyDelete
  2. betul, 2/3 bergantung pada diet pemakanan harian dan senaman.1/3 lagi barula pengambilan suplement untuk memastikan kesihatan badan kita sentiasa ditahap optimum. inshaALLAH :) TQ Sis NAD :)

    ReplyDelete

Terima kasih atas komen anda :)