Kenali Dan Fahami Kulit Berjerawat



1.0 Pengertian Jerawat?

Jerawat atau dalam bahasa orang putih dikenali sebagai acne adalah gangguan pada kulit yang berkaitan dengan penghasilan minyak (sebum) yang berlebihan. Jerawat terjadi ketika folikel rambut atau tempat tumbuhnya rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati. Hal tersebut menyebabkan keradangan serta penyumbatan pada pori-pori kulit. Keradangan ini dapat dilihat dengan munculnya benjolan kecil (yang terkadang berisi nanah) di atas kulit. Gangguan kulit ini boleh terjadi di bahagian tubuh dimana kelenjar minyak terbanyak, iaitu di wajah, leher, bagian atas dada, dan punggung.


 

2.0 Gejala Jerawat

Beberapa gejala umum melibatkan Jerawat, antara ialah :

  1. Benjolan berwarna kemerahan atau kuning (karena mengandungi nanah).
  2. Benjolan kecil (papula) yang muncul di atas kulit.
  3. Sensasi panas atau terbakar akibat adanya keradangan.
  4. Timbul rasa gatal pada benjolan.

Gambaran penyumbatan dan benjolan yang
 berlaku mengikut jenis jerawat 


  • Pustula, iaitu benjolan kecil yang di hujungnya terdapat nanah.
  • Papula, iaitu benjolan kecil kemerahan yang disertai kesakitan.
  • Nodul, iaitu benjolan keras yang terbentuk di bawah permukaan kulit dan dapat disertai kesakitan.
  • Cyst, iaitu benjolan besar yang terbentuk di bawah permukaan kulit yang berisi nanah dan disertai kesakitan.
Jerawat jenis Cyst anatara keadaan jerawat yang paling teruk



Ilustrasi rupa dan bentuk jerawat
                              

3.0 Punca Jerawat

Beberapa keadaan punca  jerawat, antara ialah:

  • Penghasilan sebum berlebihan, iaitu zat yang dihasilkan oleh kelenjar minyak untuk mencegah kulit kering.
  • Sumbatan pada folikel rambut oleh campuran sel kulit mati dan sebum.
  • Bakteria jenis Propionibacterium acnes yang berkembang, menyumbat folikel rambut, serta menyebabkan keradangan.
  • Faktor genetik atau keturunan, jika salah satu orangtua memiliki masalah jerawat,
  • Folikel yang tersumbat boleh membengkak dan membentuk bintik putih atau bintik hitam bila terdedah dengan persekitaran luar. Kondisi tersebut sebaiknya jangan dianggap remeh, karena bisa berkembang menjadi pustula, papula, nodul, atau bahkan cyst, apabila tercemar dengan bakteria kulit.
  • Hormon, iaitu semasa melakukan aktiviti hormon androgen berlebihan atau perubahan hormon boleh terjadi semasa kedatangan haid.
  • Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit setiap orang.
  • Tekanan atau stres yang boleh mepengaruhi gaya hidup seseorang, termasuk dalam pengambilan makanan yang boleh mecetuskan jerawat.


4.0 Faktor Risiko Jerawat

Beberapa faktor risiko jerawat, antara ialah:

  • Keturunan, jika terdapat anggota keluarga yang bermasalah dengan jerawat.
  • Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi litium, kortikosteroid, atau ubat antikejang.
  • Fasa matang akibat peningkatan aktiviti hormon testosteron, yang mecentus kelenjar minyak menghasilkan sebum dalam jumlah yang lebih banyak.
  • Penggunaan kosmetik timbang kilo yang tiada jaminan dari pihak berkuasa seperti KKM.
  • Perubahan hormon, contohnya menjelang kedatangan haid, tiga bulan pertama masa kehamilan, atau akibat PCOS.
  • Stres, yang dapat memburukkan lagi keadaan jerawat yang sudah ada.
  • Tabiat merokok.

 

5.0 Diagnosis Jerawat

Doktor akan mendiagnosis jerawat dibahagian kulit dengan melakukan temuramah perubatan serta pemeriksaan fizikal, yang bertujuan untuk menentukan tahap keterukkan jerawat, baik dari segi jumlah maupun tahap keradangan.


 

6.0 Komplikasi Jerawat

Komplikasi akibat jerawat yang paling umum terjadi adalah jaringan parut atau bekas luka jerawat yang sering disebut berlubang.


7.0 Cara Atasi Jerawat

Beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mencegah jerawat, antara ialah:

  • Membersihkan kulit wajah sebelum tidur.
  • Mencuci muka dua kali sehari dengan pembersih muka (cleanser) yang bebas minyak.
  • Mengurus dan mengawal stres dengan baik.
  • Mengelakkan penggunaan pakaian yang terlalu ketat.
  • Mengelakkan produk kosmetik yang mengandungi minyak.
  • Menjaga kebersihan tubuh badan  seperti mandi setelah melakukan aktiviti berat atau berpeluh.


 

8.0 Rawatan Jerawat

Beberapa langkah rawatan untuk mengatasi jerawat, antara ialah:

  • Mengurangi penghasilan minyak.
  • Melawan jangkitan bakteria.
  • Mempercepatkan pergantian sel kulit dan mengurangkan keradangan.

Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, perlu mendapatkan konsultasi keadaan jerawat dengan doktor. Doktor umumnya memberikan ubat-ubatan yang mengandungi sulfur, resorsinol, asid salisilikt, antibiotik, dan isotretinoin. Penggunaan ubat-ubatan ini harusah dalam pengawasan doktor, karena kesan sampingan yang akan timbul. Wanita hamil tidak dianjurkan menggunakan isotretinoin, karena dapat menyebabkan kecacatan pada janin. 


Terdapat beberapa cara lain yang dapat dilakukan untuk mengatasi jerawat, antaranya ialah: 

  • Membersihkan peralatan kosmetik dengan menggunakan sabun dan air hangat secara rutin.
  • Memilih kosmetik non-comedogenic, yang sifatnya tidak menutup pori-pori di kulit.
  • Menggunakan pelembap non-comedogenic, yang tidak dapat menyebabkan jerawat dan sesuai dengan semua jenis kulit.
  • Menghindari memecit dan memegang jerawat, karena ia akan mecetuskan pertumbuhan jerawat bertambah banyak.
  • Mengelakkan menggosok wajah dengan menggunakan kain atau sarung tangan dengan permukaan kasar.
  • Menjaga kebersihan tubuh dengan segera mandi setelah melakukan apa saja aktiviti, karena minyak berlebihan di wajah menjadi pencetus terjadinya jerawat.
  • Menjaga kebersihan wajah dengan membersihkan wajah dua kali dalam sehari, untuk membersihkan sel-sel kulit mati, minyak yang berlebihan, serta sisa kosmetik di permukaan kulit.

 


 



Next
This is the most recent post.
Older Post

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)