Kenali Dan Fahami Kulit Berjerawat



1.0 Pengertian Jerawat?

Jerawat atau dalam bahasa orang putih dikenali sebagai acne adalah gangguan pada kulit yang berkaitan dengan penghasilan minyak (sebum) yang berlebihan. Jerawat terjadi ketika folikel rambut atau tempat tumbuhnya rambut tersumbat oleh minyak dan sel kulit mati. Hal tersebut menyebabkan keradangan serta penyumbatan pada pori-pori kulit. Keradangan ini dapat dilihat dengan munculnya benjolan kecil (yang terkadang berisi nanah) di atas kulit. Gangguan kulit ini boleh terjadi di bahagian tubuh dimana kelenjar minyak terbanyak, iaitu di wajah, leher, bagian atas dada, dan punggung.


 

2.0 Gejala Jerawat

Beberapa gejala umum melibatkan Jerawat, antara ialah :

  1. Benjolan berwarna kemerahan atau kuning (karena mengandungi nanah).
  2. Benjolan kecil (papula) yang muncul di atas kulit.
  3. Sensasi panas atau terbakar akibat adanya keradangan.
  4. Timbul rasa gatal pada benjolan.

Gambaran penyumbatan dan benjolan yang
 berlaku mengikut jenis jerawat 


  • Pustula, iaitu benjolan kecil yang di hujungnya terdapat nanah.
  • Papula, iaitu benjolan kecil kemerahan yang disertai kesakitan.
  • Nodul, iaitu benjolan keras yang terbentuk di bawah permukaan kulit dan dapat disertai kesakitan.
  • Cyst, iaitu benjolan besar yang terbentuk di bawah permukaan kulit yang berisi nanah dan disertai kesakitan.
Jerawat jenis Cyst anatara keadaan jerawat yang paling teruk



Ilustrasi rupa dan bentuk jerawat
                              

3.0 Punca Jerawat

Beberapa keadaan punca  jerawat, antara ialah:

  • Penghasilan sebum berlebihan, iaitu zat yang dihasilkan oleh kelenjar minyak untuk mencegah kulit kering.
  • Sumbatan pada folikel rambut oleh campuran sel kulit mati dan sebum.
  • Bakteria jenis Propionibacterium acnes yang berkembang, menyumbat folikel rambut, serta menyebabkan keradangan.
  • Faktor genetik atau keturunan, jika salah satu orangtua memiliki masalah jerawat,
  • Folikel yang tersumbat boleh membengkak dan membentuk bintik putih atau bintik hitam bila terdedah dengan persekitaran luar. Kondisi tersebut sebaiknya jangan dianggap remeh, karena bisa berkembang menjadi pustula, papula, nodul, atau bahkan cyst, apabila tercemar dengan bakteria kulit.
  • Hormon, iaitu semasa melakukan aktiviti hormon androgen berlebihan atau perubahan hormon boleh terjadi semasa kedatangan haid.
  • Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai dengan kulit setiap orang.
  • Tekanan atau stres yang boleh mepengaruhi gaya hidup seseorang, termasuk dalam pengambilan makanan yang boleh mecetuskan jerawat.


4.0 Faktor Risiko Jerawat

Beberapa faktor risiko jerawat, antara ialah:

  • Keturunan, jika terdapat anggota keluarga yang bermasalah dengan jerawat.
  • Penggunaan ubat-ubatan yang mengandungi litium, kortikosteroid, atau ubat antikejang.
  • Fasa matang akibat peningkatan aktiviti hormon testosteron, yang mecentus kelenjar minyak menghasilkan sebum dalam jumlah yang lebih banyak.
  • Penggunaan kosmetik timbang kilo yang tiada jaminan dari pihak berkuasa seperti KKM.
  • Perubahan hormon, contohnya menjelang kedatangan haid, tiga bulan pertama masa kehamilan, atau akibat PCOS.
  • Stres, yang dapat memburukkan lagi keadaan jerawat yang sudah ada.
  • Tabiat merokok.

 

5.0 Diagnosis Jerawat

Doktor akan mendiagnosis jerawat dibahagian kulit dengan melakukan temuramah perubatan serta pemeriksaan fizikal, yang bertujuan untuk menentukan tahap keterukkan jerawat, baik dari segi jumlah maupun tahap keradangan.


 

6.0 Komplikasi Jerawat

Komplikasi akibat jerawat yang paling umum terjadi adalah jaringan parut atau bekas luka jerawat yang sering disebut berlubang.


7.0 Cara Atasi Jerawat

Beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mencegah jerawat, antara ialah:

  • Membersihkan kulit wajah sebelum tidur.
  • Mencuci muka dua kali sehari dengan pembersih muka (cleanser) yang bebas minyak.
  • Mengurus dan mengawal stres dengan baik.
  • Mengelakkan penggunaan pakaian yang terlalu ketat.
  • Mengelakkan produk kosmetik yang mengandungi minyak.
  • Menjaga kebersihan tubuh badan  seperti mandi setelah melakukan aktiviti berat atau berpeluh.


 

8.0 Rawatan Jerawat

Beberapa langkah rawatan untuk mengatasi jerawat, antara ialah:

  • Mengurangi penghasilan minyak.
  • Melawan jangkitan bakteria.
  • Mempercepatkan pergantian sel kulit dan mengurangkan keradangan.

Untuk mendapatkan rawatan yang tepat, perlu mendapatkan konsultasi keadaan jerawat dengan doktor. Doktor umumnya memberikan ubat-ubatan yang mengandungi sulfur, resorsinol, asid salisilikt, antibiotik, dan isotretinoin. Penggunaan ubat-ubatan ini harusah dalam pengawasan doktor, karena kesan sampingan yang akan timbul. Wanita hamil tidak dianjurkan menggunakan isotretinoin, karena dapat menyebabkan kecacatan pada janin. 


Terdapat beberapa cara lain yang dapat dilakukan untuk mengatasi jerawat, antaranya ialah: 

  • Membersihkan peralatan kosmetik dengan menggunakan sabun dan air hangat secara rutin.
  • Memilih kosmetik non-comedogenic, yang sifatnya tidak menutup pori-pori di kulit.
  • Menggunakan pelembap non-comedogenic, yang tidak dapat menyebabkan jerawat dan sesuai dengan semua jenis kulit.
  • Menghindari memecit dan memegang jerawat, karena ia akan mecetuskan pertumbuhan jerawat bertambah banyak.
  • Mengelakkan menggosok wajah dengan menggunakan kain atau sarung tangan dengan permukaan kasar.
  • Menjaga kebersihan tubuh dengan segera mandi setelah melakukan apa saja aktiviti, karena minyak berlebihan di wajah menjadi pencetus terjadinya jerawat.
  • Menjaga kebersihan wajah dengan membersihkan wajah dua kali dalam sehari, untuk membersihkan sel-sel kulit mati, minyak yang berlebihan, serta sisa kosmetik di permukaan kulit.

 


 



Continue Reading

Set Cadangan Bersalin Caesarean Shaklee - Ibu Sihat , Bayi Gembira

Caesarean atau turut dikenali  sebagai czer mahu pun cser, adalah sebahagian dari prosedur perubatan dalam proses kelahiran bayi melalui cara pembedahan yang melibatkan pembedahan besar pada bahagian perut dan pelvik. Ianya boleh berlaku kerana kecemasan (emergency caesarean czer) atau berlaku atas dasar pilihan (elektif caesarean czer).

 
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan para ibu perlu melahirkan anak melalui pembedahan. Pembedahan caesarean ini adalah pembedahan bersifat major dan  ianya sama seperti pembedahan major lain. Justeru, bersalin secara czer ini sangat perlu diberi penjagaan rapi dari diri kita sendiri dan juga orang sekeliling.
 
Antara faktor yang menyebabkan para ibu disarankan bersalin secara pembedahan czer adalah:

  • Air ketuban kurang dan terlalu kering
  • Denyutan jantung anak tidak seimbang
  • Tali leher terbelit dalam perut
  • Anak dikhuatiri telah makan najis sendiri dalam perut ibu
  • Kedudukan bayi yang songsang
  • Bayi bertukar arah dengan kerap dalam perut
  • Trauma dengan kelahiran normal melalui vagina dahulu

Dan juga pelbagai lagi sebab berkaitan kesihatan yang lain. 

Antara risiko dan masalah yang sangat popular berlaku dalam kalangan para ibu yang bersalin selepas pembedahan czer ialah :

  • Luka jahitan lambat sembuh
  • Luka jahitan bernanah
  • Luka jahitan berair
  • Denyutan yang menyakitkan di kawasan bedah
  • Badan lemah dan lesu
  • Hilang banyak darah
  • Kurang selera makan
  • Kurang makan makanan berkhasiat
  • Sukar menyusukan anak menyebabkan susu drop 
  • Sembelit, susah nak meneran dan ganggu tempat bedah
  • Sakit ketika selepas pembedahan dan menyebabkan jangkitan kuman
 
 
Oleh itu, Shaklee menyediakan “SET CADANGAN BERSALIN CAESAREAN” khas untuk para ibu yang bersalin secara pembedahan caesaran / czer /cser ini. Di dalam set ini, Shaklee menyediakan 9 item utama iaitu: 



 
  1. Vivix
  2. Energizing Soy Protein (ESP)
  3. Sustained Released Vitamin C
  4. Alfalfa Complex
  5. Omega Guard
  6. B-Complex (dengan Asid Folik)
  7. Vita-Lea (Multivitamin)
  8. Ostematrix
  9. Zinc Plus
 
9 item ini mewakili Set Lengkap yang mengandungi semua manfaat yang diperlukan oleh ibu bersalin secara czer seperti milk booster (meriah dan pekatkan susu badan), slimming (turunkan berat badan selepas bersalin), membantu proses sembuh luka jahitan luar dan dalam, memberi tenaga bagi ibu selepas bersalin dan tak dilupakan untuk kesihatan proses perlawasan.
 
Bagi para Ibu yang mencari hanya untuk membantu proses sembuh luka, ada 3 pilihan item iaitu Vivix, Vitamin C dan Zinc Plus. 3 item ini fokus terus hanya kepada untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka jahitan di bahagian luar dan dalam. Bukan itu sahaja, set ini juga terbukti memberikan kesan tidak meninggalkan keloid atau daging lebihan di bahagian parut czer.
 
 

Fungsi Set Bersalin Caesarean Shaklee

 
Fungsi utama set lengkap 9 item ini ialah :

  • Mempercepat proses sembuh luka jahitan
  • Mengatasi masalah keloid dan daging lebih pada tempat jahitan bedah
  • Mengurangkan ketidakseleseaan kerana denyutan berterusan di tempat bedah
  • Mengelakkan masalah adhesion colic (sel dan tisu melekat-lekat di bahagian dalam perut)
  • Membantu kita turun berat badan dengan mudah walaupun bersalin czer!
  • Mengatasi masalah lemak geleber di bahagian perut
  • Mengelakkan masalah luka bernanah, berair
  • Luka cepat kering
  • Terkandung bersama didalamnya milk booster
  • Membantu perlawasan
  • Mengelakkan masalah sembelit dan buasir


Fungsi bagi setiap satu item vitamin dalam set ini adalah seperti berikut:

 

1. Vivix (150 mL)


Proses penyembuhan luka jahitan luaran dan dalaman mengambil masa yang lama sekiranya tidak diberi penjagaan yang tepat dan rapi. Kegagalan menjaga luka dengan baik akan membawa kepada berlakunya kesakitan, luka bernanah malah luka jahitan boleh terbuka kembali!
 
Vivix membantu mempercepat proses penambahbaikan sel dan tisu yang terjejas kerana bersalin secara pembedahan ini. Kesan luka kering boleh di lihat seawal 1 hingga 2 minggu. Selain itu, Vivix membantu untuk mengatasi masalah denyutan yang sering berlaku di kawasan luka jahitan kita.


 
Ambil 1 sudu Vivix, sehari dan boleh tidur serta bergerak dengan nyaman! 
 

2. Energizing Soy Protein (ESP) (850 gram)



Protein sangat diperlukan bagi membaikpulih sel dan tisu yang rosak. Malah ia turut membantu mengembalikan keanjalan kulit di kawasan tempat bedah.
 
ESP membantu mengatasi masalah keloid dan daging berlebihan kesan tempat jahitan, dan membantu menggantikan dengan kulit baru yang lebih cantik.
 
Pengambilan ESP dalam jangka masa yang panjang, membantu proses pembaharuan sel di dalam badan khas di kawasan terjejas akibat luka pembedahan.
 
Ambil 1 hingga 2 scoop sehari. Sangat mengeyangkan dan turut bantu banyakkan susu ibu serta proses ibu nak kurus selepas bersalin.


3. Sustained Released Vitamin C (180 Tablets)




Para doktor dan jururawat selalu nasihatkan setiap ibu bersalin tidak kira normal atau czer  wajib mengambil buah oren setiap hari. Kerana apa? kerana buah oren kaya dengan Vitamin C!
 
Vitamin C berfungsi bagi membantu menyembuhkan luka jahitan tempat bedah. Dengan amalkan Vitamin C Shaklee secukupnya sehari, kita dapat lihat tempat luka akan semakin baik dari hari ke sehari. Untuk kesan segera, tambahkan Vivix dalam pengambilan harian.
 
Ambil 1 biji sehari .


4. Vita-Lea (Multivitamin) (120 Tablets)



Salah satu risiko bersalin czer adalah hilang darah sangat banyak! Akibatnya, lepas bedah dan sepanjang berpantang ibu akan sangat cepat rasa letih dan lesu. Antara simptom badan kurang darah adalah selalu penat dan letih.
 
Kerana itu Vita-Lea amat diperlukan. Ia mengandungi 28 nutrien penting bagi menambahkan sel darah merah ibu yang dah banyak hilang waktu pembedahan. Malah ia turut memberi tenaga agar ibu kekal ceria dalam tempoh berpantang.
 
Ambil 2 biji sehari.

5. B-Complex (dengan Asid Folik) (120 Tablets)



Vitamin B berfungsi memberi sensasi lega dan tenang pada ibu. B-Complex membantu mengelakkan masalah meroyan dan stress ibu dalam berpantang. Selain itu ia membantu untuk menjaga urat saraf. Selepas bersalin banyak urat saraf ibu terputus, penting untuk menjaganya semula dengan sebaiknya.
 
Ambil 1 biji sehari.


6. Alfalfa Complex (330 Tablets)



Kacip fatimah moden yang berfungsi mengembalikan kewanitaan selepas bersalin. Walaupun bersalin secara bedah tidak menyentuh mana-mana bahagian faraj, tapi dengan bersalin secara bedah akan menyebabkan dinding lantai pelvik lemah! Akibatnya, akan menganggu sistem kewanitaan dan aset utama wanita.
 
Bagi mengembalikan kewanitaan serta mempercepat proses kecutan rahim, Alfalfa Complex sangat diperlukan.
 
Ambil 10 biji sehari*
 
*Jika anak ada kuning atau jaundice, ambil Alfalfa selepas 2 minggu anak dah sepenuhnya pulih dari kuning atau jaundice. 
 

7. Ostematrix (120 Caplets)



Ostematrix adalah sumber kalsium yang sangat penting untuk kesihatan tulang ibu dan bayi yang disalurkan melalui susu ibu. Malah, Ostematrix juga berfungsi membantu untuk mengelakkan masalah sembelit ketika dalam pantang.
 
Tempat bedah, luka walaupun kita batuk, sakitnya, orang yang menanggung je tahu! Belum lagi sembelit, seksa nak meneran.
 

Ambil 4 biji sehari.


8. Omega Guard (90 Capsules)



Perasan atau tidak, bagi kita yang bersalin secara bedah ni, sentiasa akan dimomokkan yang berat badan kita susah nak turun terutama di bahagian perut! Senang cerita, ayat paling tak seronok nak baca, “Siapa bersalin czer akan gemuk,”
 
Jangan risau, Omega Guard sangat membantu tau kita yang bersalin bedah ni turun berat badan dan atasi lemak geleber dekat bahagian perut terutamanya. Selain itu, ia turut bantu mengawal tekanan darah dan tingkatkan metabolisma badan kita.
 
Ambil 3 biji sehari.

 

*Bagi yang mendapat injection atau ubat cair darah, boleh sambung ambil Omega Guard selepas dah stop pengambilan ubat atau injection tersebut. 


9. Zinc Plus Shaklee (120 Tablets)



Zinc Plus Shaklee sangat bermanfaat untuk rambut lebih kuat, bersinar dan berkilat serta membantu proses sembuh luka jahitan lebih cepat.

 Ambil 1 biji sehari.


Cara Pengambilan Set Bersalin Caesarean Shaklee


WaktuVitamin
Sebelum Sarapan
ESP
 
Vivix
Selepas Sarapan
Vitamin C
 
B-Complex
 
Vita-Lea
 
Alfalfa Complex
Zinc Plus
Selepas Makan Tengahari
Omega Guard
 
Alfalfa Complex
Sebelum Tidur
Ostematrix
 
 

Keistimewaan Set Bersalin Caesarean Shaklee

 
Bila kita sebut tentang bersalin bedah atau czer, kita mesti nak fokus pada set-set bersalin yang mampu mempercepatkan kesembuhan luka dan sebagainya, betul tak?
 
Apa yang best dan istimewanya bagi kita yang amalkan Set Bersalin Czer Shaklee ni ialah, kita bukan sahaja dapat manfaat untuk cepatkan proses baik luka jahitan luar dan dalam tetapi, kita akan dapat extra bonus lain iaitu :

  • Satu set boleh tahan penggunaan sampai habis pantang 44 hari!
  • Satu set ini sangat membantu memperbanyak dan memekatkan susu badan ibu
  • Senang nak turunkan berat badan dan slim walaupun bersalin czer
  • Lemak dekat perut kejap je pecah jika betul-betul konsisten set ini
  • Semuanya adalah vitamin yang sangat diperlukan ibu selepas bersalin czer
  • Melengkapkan nutrisi keperluan ibu dan bayi
  • Membantu proses penyusuan badan ibu kepada anak
  • Mencerahkan kulit ibu
  • Ibu ada jerawat? Set ini boleh tolong licinkan kulit ibu dengan penggunaan konsisten sampai habis pantang

Nampak tak? Dengan set ni, macam-macam kita boleh dapat. Sangat berbaloi!


 
 Testimoni Set Bersalin Caesarean Shaklee

Baca di sini :

Pengalaman Sebenar Para Ibu Bersalin Caesarean dengan Set Bersalin Caesarean Shaklee



Harga Set Bersalin Caesarean Shaklee

 
Fullset bagi Set Bersalin ini berharga RM 1,141.2. WhatsApp/Call kami di talian 0111859732 (klik to WhatsApp) untuk harga bagi loose item serta cara untuk mendapatkan diskaun 20% bagi set ini.
 

Setiap pembelian set bersalin caesarean (full set) ini layak untuk dapat:

  1. PERCUMA daftar keahlian Shaklee
  2. PERCUMA caj penghantran
  3. PERCUMA hadiah ( Shaklee shaker dan pill box)
Shaklee Shaker PERCUMA!

Shaklee Pill Box PERCUMA!



Ada sebarang pertanyaan mengenai Set Bersalin Caesarean Shaklee atau produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Azie di 01118597392 atau klik ja ikon whatsapp di kiri anda.




Baca perkongsian menarik disini juga : 

Bersalin Caesarean : Adakah Selamat Berbanding Kelahiran Biasa?

Bersalin Caesarean : Risiko Utama Pembedahan Caesarean

Bersalin Caesarean : Apakah komplikasi lain yang perlu saya tahu?

Bersalin Caesarean : Risiko Caesarean Pada Bayi

Bersalin Caesarean : Adakah Caesarean Akan Memberi Kesan Terhadap Kehamilan Seterusnya?

Bersalin Caesarean : Kelebihan dan Kelemahan Bersalin Caesarean

Bersalin Caesarean : Apakah Yang Perlu Saya Ketahui Selepas Saya Menjalani Pembedahan Czer?

10 Testimoni Vivix Untuk Ibu Bersalin Normal & Caesarean - Bantu Sembuh Luka

Pengalaman Sebenar Para Ibu Bersalin Caesarean dengan Set Bersalin Caesarean Shaklee

Continue Reading