Yahoo,Positif Hamil! Ini 6 Langkah Untuk Kehamilan Yang Sihat dan Ceria

 

Impian semua wanita

Melihat tanda positif pada ujian kehamilan, secara automatik dapat membuat anda merasa seribu emosi yang berbeza. Pasti anda  gembira, terkejut, takut, bimbang, cemas dan teruja pada masa yang sama.

Oleh itu, pasti ibu baru tertanya-tanya apakah yang perlu dilakukan untuk memastikan kehamilan anda sentiasa kekal sihat dan ceria.

Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah.

Berikut antara langkah-langkah yang disarankan:


1.Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal

Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi, bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.

Walaupun jika anda tidak mempunyai pilihan dari segi siapa yang anda mahu untuk mengendalikan anda (seperti di klinik-klinik dan hospital kerajaan), anda masih boleh membina persefahaman yang baik dengan seorang  pakar obstetrik yang sering anda jumpa dalam tempoh masa anda membuat pemeriksaan kehamilan.


Nutrisi lengkap Ibu hamil


2. Pengambilan Makanan Dengan Baik

Untuk ibu hamil sangat penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hamil hilang selera terhadap makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan makanan lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Nak mudah dan senang boleh dibawa kemana-mana, ambillah  Set Hamil Shaklee. Set Best seller yang sangat membantu ibu hamil mendapat nutrisi yang sihat dan cukup sepanjang kehamilan anda.

  • Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari).
  • Sediakan hidangan makanan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak).
  • Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari.
  • Jangan mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek di antara waktu makan.

Set hamil Shaklee. Mempunyai nutrisi lengkap
yang diperlukan ibu hamil




3.  Wajib ambil asid folik

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah  asid folik (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi. Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan

Sumber terpenting sebelum dan semasa hamil
untuk mengelakkan kecatatan bayi.


Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, sangat digalakkan mengambil vitamin Omega Guard Shaklee  yang mengandungi kandungan minyak ikan 100% organik  tiada campuran bahan kimia  yang kaya dengan DHA dan EPA. Dua bahan ini sangat penting dalam memastikan  perkembangan otak dan saraf bayi.


Minyak Ikan yang kaya dengan DHA & EPA. 
Membantu perkembangan otak dan saraf bayi 



4. 
Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.

5. Berhenti merokok

Wanita yang merokok akan  meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, dan kelahiran mati.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan sumbing bibir atau lelangit.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik.

Bagi wanita yang mempunyai pasangan , iaitu suami yang suka merokok  (perokok tegar ) perlulah dibawa berbincang dan dapat kata sepakat agar kandungan dan kesihatan ibu serta bayi  tidak terjejas.Tips untuk pasangan anda berhenti merokok,boleh amalkan Vivix Shaklee yang membantu menghilangkan ketagihan merokok.

Kaya Polifenol yang tinggi sumber antioksidan yang
membantu mehilangkan ketagihan merokok disamping memberi
 manfaat untuk kesihatan badan yang meyeluruh.




6. Rehat secukupnya

Keletihan  yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih.

Ada sebarang pertanyaan mengenai Set Hamil Shaklee atau produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Azie di 01118597392 atau klik ja ikon whatsapp di kiri anda.



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komen anda :)